DUGAAN YANG DATANG TIDAK PERNAH MENGIRA MASA

Tuesday 10 April 2018

DUGAAN YANG DATANG TIDAK PERNAH MENGIRA MASA


Assalamualaikum and hye readers~



Redup cuaca hari ini. Panas pun tidak hujan pun tidak. Kalau dapat tidur memang gembira lah hati ini. Entah kenapa hari ni ai terlebih rajin untuk ke kedai buku yang berhampiran dengan pejabat. Selalunya nak keluar makan pun ai rasa malas. Mungkin juga kerana faktor cuaca yang baik hari ini. Ok lah petang nanti nak jogging.


Cantik cuaca.


Di kedai buku ai tak banyak membazirkan masa. Maklumlah kan, masa rehat hanya satu jam. Nak makan lagi, nak patah balik ke pejabat lagi, tak cukup nak menikmati satu jam itu untuk berlengah di kedai buku.


Semasa di kedai buku, ai hanya beli alat menulis sahaja. Itu pun hanya kerana nampak comel bila disusun kemas. Setelah membuat pilihan, ai terus ke kaunter bayaran. Sebenarnya bahaya duduk dalam kedai buku tu lama-lama. Dikhuatiri habis semua duit dalam dompet kerana membeli buku dan alat tulis sahaja. Di kaunter bayaran ada seorang kakak sedang membuat pembayaran. Ai jenguk apa yang dibeli, hanya photostat.


Kakak tadi menoleh ke arah ai sebaik sahaja ai beratur di belakangnya. Belum sempat ai nak senyum, kakak itu terlebih dahulu menjeling kepada ai, siap pandang atas bawah lagi. Nasib baik ai ni seorang gadis yang penuh adab sopan santun lagi comel, ai balas jelingan itu dengan senyuman yang paling manis. Dan kakak itu terus beredar.


Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, ai terus keluar untuk pulang ke pejabat. Ai ternampak kakak tadi bersama dua orang lelaki. Keratanya sudah berada di tow truck MBSA. Ai sempat mendengar kakak tu berkata 'saya masuk sekejap je tadi, saya keluar encik dah sampai'. Memang sekejap pun, ai rasa tak sampai lima minit kakak itu berada di dalam kedai.


Memandangkan ai belum berdaftar dengan persatuan makcik bawang sedunia, jadi ai malas nak jadi kepochi di situ. Ai tinggalkan kakak itu tanpa mengetahui penghujung kejadian tersebut. Yang ai pasti, kakak itu telah meletakkan kenderaan di tempat yang tiada petak parkir dan tidak meletakkan kupon letak kereta di keretanya.





Kesian. Mesti dia nak cepat balik ke pejabat seperti ai juga. Tapi apakan daya, nasib dia tidak berapa baik hari ini. 


Kalau korang memandu kenderaan, sila pastikan korang parkir di dalam kotak parkir ketika berada di kawasan awam. Pastikan juga korang mempunyai kupon letak kereta jika parking di kawasan yang memerlukan korang berbuat demikian. Ataupun korang boleh tinggalkan seorang kawan di dalam kereta. Kalau semua tu tidak ada, korang pastikan tiada MBSA di kawasan tersebut barulah tinggalkan kenderaan korang. Jika tidak, nasib korang akan menjadi seperti kakak tadi. 


Malang tidak berbau, tak salah jika sediakan payung sebelum hujan.




aisyaismail

6 comments:

  1. kesian kakak tu...waktu2 puncak mmg penguatkuasa berleluasa..

    ReplyDelete
  2. Huhu.. dulu selalu juga hampir2 kena cegini. Especially bila in a hurry, kononnya line clear...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D