PILIHAN BUFFET DI HARI MINGGU - "SUNDAY HI-TEA" - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

Wednesday 25 July 2018

PILIHAN BUFFET DI HARI MINGGU - "SUNDAY HI-TEA" - THE VIEW CAFE, BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM


Assalamualaikum and hye readers.



Orang kata, kalau kita pergi ke suatu tempat dan tempat tu best mesti kita nak ke sana lagi. Sama lah macam ai. Untuk kali kedua ai jejakkan kaki ke The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam. Sebelum ni ai pergi untuk dinner, tapi kali ini untuk hi-tea bersama Encik Husband dan kawan-kawan pula.

Best Western, i-City Shah Alam.


Sampai sahaja di The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam, perkara pertama dalam kepala ai, 'nak ambil gambar'. Pemandangan dia cantik sangat. Waktu siang, matahari tengah naik lagi lah cantik untuk bergambar. Lepas dah ambil gambar, baru perut terasa lapar. Barulah teringat nak makan.


Instagrammers mesti suka The View Cafe ni.


Hari Ahad sahaja

Buffet untuk hi-tea ini bermula pada 29hb Julai 2018 daripada pukul 12.30 tengahari sehingga lah pukul 4.00 petang. Haaa minggu ni dah mula. Hari Ahad sahaja tau. Korang jangan datang hari lain pula. Nanti kalau tak dapat harga promo macam ni, jangan salahkan ai pula. Hehehe! Ingat, hari Ahad tau.


Pada mulanya ai pun pelik, kenapa hi-tea dibuat waktu makan tengahari. Tak kenyang nanti. Bila tengok menu yang dihidangkan, wah lebih dari kenyang ni! Pelbagai menu dihidangkan daripada yang ringan sehingga lah yang berat. Hi-tea ni boleh juga dijadikan Lunch Tea.


Macam biasalah, rambang mata bila melihat makanan. Walaupun majoriti menu yang dihidangkan adalah untuk minum petang, kepelbagaian menu itu sendiri yang menjadi tarikan. Kalau korang jenis yang suka makan kuih muih dan dessert, nahhh ini lah tempatnya. Pasti tak akan menyesal punya.


Menu The View Cafe

Banyak menu yang pasti menjadi pilihan korang. Menu seperti Salad, Spring Rolls, Rojak Buah, Mac and Cheese, Roti John, Chicken Wings dan macam-macam lagi. Jangan risau, kalau korang jenis yang suka makan makanan berat, ada juga menu seperti Nasi Goreng Kampung, Kuey Tiaw Goreng, Nasi Ayam dan juga Mee Rebus. Haa, banyak kan pilihan? Sesuai untuk makan tengahari terus hi-tea sekali. Jimat.


Appetizers




Menu untuk appetizers atau pembuka selera adalah seperti Salad Pasta, Salad Buah, Rojak Buah, Coleslaw, Vegetables Crudites, Gardens Greens, timun, tomato, Crackers in Jar dan dressing seperti Mayonnaise, Ceaser, Tousand Island, dan Sos Rojak. 

Sandwiches Corner



Pada ai, bahagian ini yang paling unik sekali. Korang boleh DIY sandwiches mengikut kehendak. Pelgabai pilihan roti dan topping tau. Bukan sekadar roti potong untuk korang bakar menggunakan pembakar roti. Sebab tu ai katakan unik.

Antara pilihan roti adalah Plain White, French Baguetta dan Whole Meal. Pilihan topping pula adalah sardin, tuna, egg mayo, streaky beef dan chicken lyoner. Jangan risau ya, topping daging yang pelik-pelik tu tiada di The View Cafe. Pasti HALAL.

Hot Buffet Selections




Jangan risau tak kenyang, pasti kenyang punya lah. Menu untuk Hot Buffet Selections adalah seperti Nasi Goreng Kampung, Kepak Ayam Goreng, Kuey Tiaw Seafood Goreng, Roti Jala, Kari Ayam, Calamari Goreng, Spring Rolls, Sheppard Pie, Jejari Ikan Goreng dan Mac and Cheese.

Live Station




Kawan-kawan ai kata Nasi Ayam dan Mee Rebus ni sedap. Ai tak berkesempatan untuk rasa memandangkan ai asyik leka dengan menu-menu lain. Takut kenyang pula kalau makan yang berat-berat.

Under The Sham




Pisang Goreng, Cucur Udang, Keropok Lekor dan Roti John. Tak berhenti mengunyah lah nampaknya. Ditambahkan dengan sos pencicah Maple Syrup, cili, tomato, Thai dan Evaporated Milk sememangnya pelengkap rasa.

Dessert Selections



Dessert, bahagian yang ai paling suka sekali. Macam-macam ada. Ai tak makan nasi atau mee langsung pada hari tersebut kerana terlalu banyak makan dessert. Dari kek, chocolate fountain, aiskrim, buah, apa yang tak ada? Semuanya ada. Dan sudah semestinya sedap.

Menu dessert adalah seperti buah-buahan segar, jeli, puding, French Pastries, Bubur Malaysia, Warm Bread and Butter Pudding, Aiskrim, Ais Kacang, Chocolate Fauntain dan Pop Corn.


Drink Selections



Ada terdapat air kopi panas, teh panas, air sejuk dan juga air kordial. Minum air suam saja lah.


Apa yang ai suka

Masa mula-mula sampai, ai lebih tertarik pada makanan seperti Pasta, Mac and Cheese, Salad dan Deep Fried Chicken Wings. Selepas itu apa yang ai makan hanya lah dessert, dessert dan dessert sahaja. Kalau korang tak suka makan dessert atau makanan manis, rugilah. Tapi tidak lah terlalu manis pun. Secukup rasa.



Harga yang berpatutan

Pada ai harga untuk Sunday Hi-Tea Buffet di The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam ini sangat lah berpatutan dengan menu yang diberi. Harga untuk Sunday Hi-Tea Buffet ini adalah RM40 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) dan juga warga emas. Korang juga boleh dapat satu seat percuma dangan pembelian 9 seat untuk dewasa. Memang sesuai sangat kalau korang nak buat gadering atau reunion kat sini. Berbaloi-baloi.



Di situ juga akan diadakan permainan untuk pelanggan. Hadiah? Itu rahsia, hanya pihak pengurusan sahaja yang tahu. Hahaha! Masa ai pergi, permainan kami bertemakan World Cup. Encik Husband bawa balik dua hadiah untuk ai. Yeayy!


Jangan lupa hari Ahad anda di The View Cafe, Best Western i-City Shah Alam. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Best Western i-City Shah Alam

A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia,
CityPark, i-City, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-55219000
www.bestwestern-icity.my

IG & FB : @bwicity




aisyaismail

38 comments:

  1. Banyak juga pilihan kan. Pernah 2/3 kali workshop disini

    ReplyDelete
  2. sedapnya..,tengok menu yang ai ambil tu. Berselera lah..ehehehe,kalau takde slera makan.P kat sini best tuu.Tapiiiiii..,jauh.Tapi takpe,bila-bila ada kat area sana.Bolehlha singgah

    ReplyDelete
  3. Menarik, boleh cuba ni. Harga pun tak mahal sangat.

    ReplyDelete
  4. Syok yer hi tea kat hotel camni

    ReplyDelete
  5. serius, pemandangan dia lawa gila dan makanan dia nampak sedap. kalau tahu ada cafe ni kat shah alam dah pergi lama dah.

    ReplyDelete
  6. wah, makanan dia bukan macam hi tea..best nengoknyaa

    ReplyDelete
  7. eh not bad plak harganye.. murah sangat dah tuh. menu plak kemain macam-macam sampai dah meleleh air liur dah ni hehehhehe

    ReplyDelete
  8. terasa lapar selepas tengok gambar gambar kat post u.. rasa nak pergi makan lah.. buffet ni nampak sedap nya~

    ReplyDelete
  9. Terus lapar semula bila tengok entry ni..alahai kuasa makanan betul la kan..apapun semua nampak menarik..x pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan harga dia. Makanan pun nampak banyak jugak tu. Siap ada games dengan hadiah lagi. Walaupun saya duduk shah alam, tak pernah lagi jejak kaki ke sini

    ReplyDelete
  11. Nampak best je Hi Tea kat sini. Kekadang kita tak nak buffet lunch sebab kalau lunch buffet dia makanan berat sikit tapi cuma nak light light ajer. Hi Tea yang kita akan gi.

    ReplyDelete
  12. Lama juga kita ni tak masuk kat i-City tak tahu dalam tu mesti dah banyak perubahan macam cafe ini menarik dan tempat selesa serta makanan nampak sedap nanti nak datang boleh cuba sini..

    ReplyDelete
  13. ya ampun nampak sedap-sedap makan kat sini...tapi buffet tea sekarang ni mmg nampak lebih sedap daripada lunch kan heheheh

    ReplyDelete
  14. the food is like goddddd so yummy. Shah alam is my home and cant believe i didnt know this place exist. Thank you. Will be bringing my family here soon

    ReplyDelete
  15. fuhhhh dah maju icity ,kak sue pergi masa mula2 bukak dulu je 2006 masa kerja kat shah alam hahahhaha

    ReplyDelete
  16. This hotel looks nice and the food looks really yummy, should book a room over the weekend and relax with my family.

    ReplyDelete
  17. saya suka buffet yang banyak menghidangkan dessert & western food..macam buffet di BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

    ReplyDelete
  18. Alamak.. . Menyesal pepagi singgah sini. Menu semua menyelerakan. Terus lapar.. Huhuu

    ReplyDelete
  19. Sesekalai hujung minggu kita makan bersama sama dengan keluarga memang best kan. Dapat ajar anak anak jaga diri di luar

    ReplyDelete
  20. Maznee memang kalau boleh nak rehat hujung minggu. Maklumlah hari lain dah kerja kan. Bolehlah sesekali makan luar macam ni.

    ReplyDelete
  21. I couldn't refrain from commenting. Very well written!

    ReplyDelete
  22. Nampak best je hi tea di sini. Knp selama nie sy tak tahu yer akan kewujudan tempat nie. Lepas nie boleh lah nak cuba makan di sini. Nampak menyelerakan betul !

    ReplyDelete
  23. I stayed at Best Western i-City before but don't remember dining there. Looks like so much has changed. It's time to go again and this time, to dine there as well on Sunday!

    ReplyDelete
  24. RM40 untuk high tea dengan pilihan lauk Yang pelbagai. Memang berbaloi baloi .Murah tu bukan senang nak cari hotel buffet harga mcm tu kan

    ReplyDelete
  25. Kalau tengok menu, RM40 tu memang sgt2 berbaloi. Semua nampak so yummy! :D

    ReplyDelete
  26. berbaloi jugak makan dkt sini banyak pilihan dan makan sampai kenyang.

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D