BENGKEL PERSONALITI DAN KECANTIKAN MENAMBAH KEYAKINAN WANITA - Aisya Ismail

Friday, 3 August 2018

BENGKEL PERSONALITI DAN KECANTIKAN MENAMBAH KEYAKINAN WANITA

Assalamualaikum and hye readers.



Personaliti dan kecantikan memang sinonim dengan wanita. Semua wanita inginkan kecantikan dan berpesonaliti menarik. Ada ke yang tak mahu cantik? Yang tak tahu bagaimana nak cantik tu ramai lah kan? Ai rasa hanya segelintir wanita sahaja yang tidak menghiraukan tentang kecantikan mereka. Ada juga yang tidak kisah akan kecantikan, tetapi masih suka tengok tutorial makeup.



Zaman sekarang, berlumba-lumba wanita diluar sana untuk menjadi cantik. Penting tau sebenarnya wanita menjaga imej mereka. Selain dari sedap mata memandang, kecantikan dan personaliti yang baik juga meningkatkan keyakinan yang tinggi kepada seseorang. Tapi janganlah keterlaluan sampai makeup tidak bersesuaian dengan tempatnya atau mengubah ciptaan yang Tuhan berikan. Lagipun, zaman sekarang ni dah ramai lelaki yang cantik. Korang tak tergugat ke?


Bengkel Personaliti & Bengkel Kecantikan

Minggu lepas, untuk kali ketiga ai berpeluang untuk menyertai bengkel yang dianjurkan oleh #KBBA9. Kali ini adalah bengkel personaliti dan kecantikan yang diadakan di MaTiC Malaysia Tourism Centre. Dua bengkel dalam satu hari. Dari pagi sampai petang kami berkampung di MaTiC, demi mendapatkan ilmu.

KBBA9 bergambar bersama Puan Shuhadah dan MUA Khai Azwan.


Ai tiba agak lewat pada hari tersebut, bengkel sudah hampir bermula. Nasib baik sempat juga sarapan pagi itu. Ai makan sandwiches yang ditaja oleh @mrszakitchen. Terima kasih banyak Mrs Za, sandwiches tuna tu sedap sangat. Tak sempat nak rasa sandwhices lain. Selain daripada sandwhices, tauhu bergedil pun sedap sangat.


Bengkel pagi dimulakan dengan bengkel personaliti dan diikuti dengan bengkel kecantikan di sebelah petang.


Sejujurnya ai bukanlah wanita yang berpersonaliti menarik. Terlalu banyak cacat celanya. Terlalu berjaga-jaga dalam apa yang kita gayakan setiap hari pun letih juga. Sangat letih. Tapi sangat penting untuk ai tahu apa itu personaliti. Mudah bila customer ai minta nasihat mengenai fesyen. Bengkel personaliti oleh Puan Azie Sam memang sangat membantu ai dalam menimba lebih banyak pengetahuan.

Bersama Puan Azie Sam. Foto dikereditkan kepada blogger Saidila.


Puan Azie Sam tidak mengajar bagaimana untuk menjadi cantik, tetapi beliau banyak memberi tips untuk menjaga imej. Imej bukanlah segala-galanya. Namun tanpa imej yang tepat, sukar untuk kita meyakinkan orang lain. Banyak tau tips yang dikongsikan oleh Puan Azie Sam. Nanti ai akan kongsikan segala tips yang diberi di dalam entri lain.


Oh ya, Puan Azie Sam ni adalah Personal Image Consultant. Beliau ada menerima jemputan untuk kelas motivasi, ceramah, demo dan bimbingan peribadi. Kalau nak tahu lebih lanjut korang follow ig beliau @azie_samm. Korang DM je dia kalau nak tanya apa-apa, In Syaa Allah Puan Azie Sam akan jawab pertanyaan anda. Baik orangnya, cantik pula tu.


Tamat sesi bengkel personaliti, kami berehat dahulu daripada mengejar ilmu. Dah masuk tengahari, apa lagi? Makan tengaharilah. Terima kasih @nurulizahcatering kerana sudi menaja makanan tengahari kami. Ayam masak merah tu sedap sangat. Nasib baik on diet, kalau tak mesti dah makan lagi satu.

Nasi Tomato tajaan Nurul Izzah Catering.


Bengkel petang itu diteruskan dengan bengkel kecantikan oleh Puan Shuhada iaitu founder kotak kecantikan @peekabox_beautybox. Menariknya tentang bengkel ini, kami belajar membuat face mist dan lip balm sendiri dan juga sesi unboxing peek-a-box.


Baru ai tahu, sebenarnya face mist dan lip balm boleh sahaja jika nak DIY. Bahan-bahan pun mudah didapati di kedai dan pasaraya. Silap-silap kat dapur korang pun dah lengkap bahannya. Cuma tiada bahan pengawet sahaja dan tidak dapat tahan lama. Tetapi korang boleh simpan di dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. Nak jimat, DIY lah sendiri.


Apa itu peek-a-box? Peek-a-box ini adalah sebuah  kotak kecantikan. Di dalam kotak ini ada terdapat pelbagai barangan kecantikan. Kotak ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk keluarga atau rakan-rakan. Nak dijadikan cenderahati untuk apa-apa majlis pun sesuai. Kotaknya sahaja dah nampak cantik.

Kotak peek-a-box dan isi dalamnya tidak sama seperti jualan.


Yang menariknya, barangan di dalam kotak peek-a-box ini berlainan untuk setiap bulan. Jadi, tiada masalah jika nak berikan hadiah pada orang yang sama kerana barangannya tidak sama. Peek-a-box juga bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal seperti Alif Syukri, Diana Dianalle, Emaabeautykl, Natasha dan ramai lagi. Dengan harga rm59.90, korang boleh mendapatkan barangan yang bernilai lebih rm200 di dalam kotak peek-a-box.


Kotak yang tidak digunakan lagi boleh diguna pakai semula sebagai kotak make-up, kotak tisu dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing. Sayang tau nak buang kotaknya. Kotak yang ai dapat dah tercampak-campak pun masih cantik dan elok je mata memandang.


Sebagai penutup bengkel pada minggu lepas, kami diajar teknik-teknik solekan oleh MUA Khai Azwan. Ini yang ai tunggu-tunggu sangat. Hahaha! Ai nak belajar lukis kening. Tak tahu lah kenapa susah sangat tangan ni nak lukis kening. Bagus MUA khai ni, tidak lokek ilmu. Semua pertanyaan dari kami dijawab dengan tenang.

Sebahagian daripada peralatan make up MUA Khai Azwan. Ada banyak lagi atas meja tu.


Rasa gembira sangat bila dapat banyak ilmu dalam masa satu hari. Ternyata Puan Azie Sam, Puan Shuhada dan Khai pandai menarik perhatian kami semua untuk terus mendapatkan ilmu yang mereka beri. Berbaloi tau ai naik KTM dari Shah Alam, dan tukar naik monorail di KL Sentral untuk ke MaTic. Rasa penat tu tak sia-sia. Orang kata, kalau kita berusaha keras untuk mendapatkan ilmu, ilmu tu lebih senang nak masuk. Alhamdulillah.




aisyaismail

6 comments:

  1. Bestkan.. kita kena tambah koleksi barang jugaa😂😂

    ReplyDelete
  2. Untung betul siapa aktif dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Macam macam aktiviti boleh buat.

    ReplyDelete
  3. ala,nak tau lebih lagi lag aii... please.Suka betul ina bab bab cemmni

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat join prgram mcm ni

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D