RESIPI AYAM KICAP PEDAS MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG - Aisya Ismail

Friday, 28 September 2018

RESIPI AYAM KICAP PEDAS MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG

Assalamualaikum and hye readers.



Rasanya dah lama ai tak kongsikan resipi dekat blog ni. Jadi, hari ini ai nak kongsikan satu resipi ringkas. Sesuai sangat resipi ayam kicap pedas malam bulan di pagar bintang ni untuk korang yang malas nak masak masakan yang leceh. Sedap dan mudah.



Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam
2. 1 sudu teh kunyit
3. Garam secukup rasa
4. Minyak masak
5. 1 biji bawang besar
6. 1 ulas bawang putih
7. 1 atau 2 sudu makan cili kisar
8. 1 sudu makan sos tiram
9. Kicap masin secukup rasa
10. Air asam


Cara-cara

1. Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam kemudian gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga separuh masak. Api jangan terlalu kuat.
2. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Minyak jangan banyak.
3. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing kemudian masukkan sos tiram dan goreng sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sehingga sebati.
5. Masukkan air asam dan kicap kemudian gaulkan rata dan tunggu sehingga mendidih.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau korang tak suka kuah yang banyak, korang biar lama sikit sehingga kuah itu pekat. Selamat mencuba!




aisyaismail

9 comments:

  1. 'Ayam kicap pedas malam bulan dipagar bintang'
    pelik namanya.

    ReplyDelete
  2. Nama dia gempak betul.. resepinya ringkas..

    ReplyDelete
  3. nama resepi kemain lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. kemain tajuk menu die hehe..suka ayam masak kicap

    ReplyDelete
  5. menyelerakan nya tengok gambar ayam kicap tu

    ReplyDelete
  6. Wahh.... Nama ayam tu WIN sungguh!
    Suka resipi simple gini

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D