8 TIPS MASUK KE DALAM GUA

Sunday 2 December 2018

8 TIPS MASUK KE DALAM GUA


Assalamualaikum and hye readers


Memilih tempat untuk bercuti selalunya akan berakhir dengan pilihan tempat-tempat yang santai, cantik dan banyak kemudahan yang senang untuk diperolehi.  Tidak ramai yang memilih di tempat yang menguji stamina dan memenatkan. Untuk korang yang tidak sukakan aktiviti lasak, apa kata sesekali korang caabar diri untuk buat aktiviti yang diluar kebiasaan.


Disebabkan ai baru masuk ke Gua Tempurung, ai cadangkan untuk korang cuba lakukan ekspidisi Gua Tempurung ini. Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak adalah salah satu gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Gua batu kapur ini terdapat empat pilihan pakej dari yang mudah hingga ke sukar. Setiap pakej mempunyai perbezaan dari segi harga, cabaran dan juga tempoh perjalanan.


Keadaan di dalam Gua Tempurung. Sebahagian darinya sudah dipasang lampu.


Ai dan kawan-kawan memilih pakej 4 iaitu pakej yang paling sukar. Di dalam kalangan kami ada juga yang penakut gelap, penakut ketinggian, kanak-kanak dan juga yang bersaiz besar. Tetapi semuanya berjaya mengakhiri cabaran tanpa berpatah balik. Ok, ai nak bagi tips untuk korang masuk ke dalam gua.


1- Dengar taklimat ringkas

Sebelum masuk ke dalam gua, akan ada satu taklimat ringkas. Dengar baik-baik supaya korang tidak melakukan sebarang kesilapan sepanjang berada di ddalam gua. Walaupun sudah membuat persiapan awal, kadang-kadang korang terlupa dan perlu diingatkan sekali lagi. Baca doa sebelum masuk ya.


2- Pakai pakaian yang sesuai

Tidak dibenarkan sama sekali memakai slipper atau sandal di dalam gua. Pakai kasut dan stokin yang selesa dan mempunyai cengkaman yang baik. Jangan jadi macam ai, habis tercabut tapak kasut. Kalau pakai kasut getah lagi bagus. Bukan kasut Phua Chu Kang tau tapi kasut yang sesuai untuk aktiviti gua. Pakai baju t-shirt dan seluar track suit sudah memadai. Kalau seluar Dockers lama lagi bagus. Jangan pakai seluar pendek pula. Boleh juga pakai sarung tangan dan 'knee pads' jika ada. Sarung tangan ice skating tidak dibenarkan.


3- Sentiasa pakai topi keselamatan dan lampu kepala

Sepanjang berada di dalam gua, risiko untuk korang terhantuk di dinding gua dan batuan tajam sangatlah tinggi. Jadi amat penting untuk setiasa memakai topi keselamatan. Lampu kepala juga penting kerana keadaan di dalam gua yang sangat gelap. Topi keselamatan dan lampu suluh boleh disewa di luar gua.


4- Sediakan makanan dan minuman

Air masak atau air mineral perlu ada kerana korang tidak boleh sewenang-wenangnya minum air di dalam gua kerana dikhuatiri keracunan. Makanan seperti roti dan kudap-kudapan untuk membantu korang apabila sudah kepenatan dan kelaparan. Makanan untuk alas perut sahaja tau. Bukan bawa makanan seperti ingin berkelah. Sampah jangan dibuang merata. Simpan dalam poket dan buang apabila jumpa tong sampah. Ada je tong sampah dalam gua tersebut.


5- Cukup stamina dan dalam kesihatan yang baik

Kalau korang tak sihat, tolonglah jangan buat benda-benda yang bakal memudaratkan korang. Nanti korang akan susahkan orang lain. Dalam gua tu, kalau rasa tak larat beritahu je pada ranjer. Dia akan bagi berehat. Sesiapa yang ada alahan pada batu kapur dan kelawar tidak dibenarkan masuk ya. Sayangi diri anda terlebih dahulu.


6- Kamera mesti lah kena ada

Dalam gua itu memang cantik walaupun gelap. Korang tak akan dapat suasana seperti itu di luar gua. Kamera handphone pun dah ok. Jangan bawa kamera mahal-mahal, sebab kalau dah masuk dalam air kerosakan kamera tidak akan ditanggung. Letakkan kamera di dalam plastik atau bekas yang kedap air. Untuk hanphone, korang boleh beli casing kalis air. Ai beli rm8 je. Dah banyak kali masuk air tapi masih berfungsi dengan baik.


7- Backpack kalis air jika perlu

Ai tak galakkan korang bawa beg untuk masuk ke gua. Tapi jika ada barang yang nak di bawa seperti makanan, minuman, kamera dan lain-lain tetapi tidak mahu pegang di tangan, lebih elok jika bawa beg yang kalis air. Barangan korang tidak akan rosak jika terendam di dalam air.


8- Jaga mulut dan jaga bahasa

Selama di dalam gua, jaga mulut dan jaga bahasa korang. Jangan bergurau tentang perkara yang bukan-bukan. Kita tak tahu siapa yang menghuni gua itu. Kalau ada ternampak benda yang pelik-pelik jangan ambil. Sepanjang di dalam gua, dengar cakap ranger yang mengetuai kumpulan korang. In syaa Allah tidak akan ada sebarang masalah dan korang akan seronok sepanjang berada di dalam gua.




aisyaismail

11 comments:

  1. sha pernah pi gua kelam kat perlis, tu kali pertama dan mungkin yang terakhir kahkah

    ReplyDelete
  2. lama tak masuk gua. tq for this tips

    ReplyDelete
  3. last sekali masuk gua tahun 2012..lamanye dahla

    ReplyDelete
  4. lisa pernah masuk kat dalam gua kt perak . tp lupa apa nama gua tu . dekat dengan tokong cina

    ReplyDelete
  5. di Perak ni ada Gua Tempurung, teringin juga nak masuk cuma belum ada kesempatan, tips yang baik dari AI, tq so much :)

    ReplyDelete
  6. dulu masa beljr pernah masuk gua..gua dekat perlis tak silap..hehhee..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D