PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY DI KPJ SELANGOR

Friday, 18 January 2019

PENGALAMAN MENJALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY DI KPJ SELANGOR


Assalamualaikum and hye readers.



Bukan mudah nak menjadi seorang manusia yang sihat dari segala segi fizikal dan mental. Serba-serbi nak kena dijaga agar badan sentiasa sihat. Kalau korang mengikuti twitter ai @shaismail, mesti korang dah tau yang ai baru sahaja keluar  dari hospital seminggu yang lalu. Terima kasih banyak pada semua yang tak putus-putus mendoakan kesihatan ai. Sayang korang lebih.




Apa itu Laparoscopy

Laparoscopy adalah sejenis pembedahan dimana doktor akan tebuk lubang di bahagian abdomen. Zaman dah canggih, ada pembedahan untuk masalah tertentu yang dah tak perlu dilakukan dengan belahan di perut. Kamera akan dimasukan kerana pembedahan akan dilakukan dengan berpandukan tontonan di layar monitor. 


Laparoscopy ni memang popular dengan penyakit perempuan terutama sekali ovarian cyst. Ai tak pasti kalau bilangan tebukan untuk setiap masalah berbeza-beza. Apa yang pasti, ai kena tiga tebukan di bahagian perut.


Selama ni ai tak pernah terfikir ai akan melakukan pembedahan sampailah beberapa bulan yang lepas, ai dan Encik Husband buat keputusan nak buat pemeriksaan kesihatan pada bulan December. Sengaja pilih akhir tahun sebab nak guna baki manfaat perubatan yang masih ada.


Macam ni lah keadaan masa pembedahan dijalankan. gambar hasil carian di Google.


Cyst, Polyp dan Polcystic Ovarian Syndrom (PCOS)

22 Disember 2018, tarikh di mana ai bertemu dengan doktor pakar di KPJ Selangor. Pagi-pagi lagi dah keluar untuk bertemu dengan Dr. Mohd Nazri. Niat pada mulanya hanya nak minta nasihat berkenaan kesihatan. Borak punya borak, tiba-tiba doktor terus nak scan dan buat ujian pap smear. Menggelabah teruk ai sebab tak buat persediaan mental.


Bila ujian dijalankan, doktor sahkan ai ada cyst, polyp dan PCOS dan mencadangkan untuk menjalani pembedahan laparoscopy yang akan mengambil masa dalam setengah jam sahaja. 


Cyst adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair di dalamnya manakala polyp adalah ketumbuhan seperti lebihan daging. PCOS pula adalah masalah kepada keseimbangan hormon wanita. Tercengang ai dengar kenyataan daripada Doktor Nazri. Jantung ni tak payah cakap lah, laju je berdegup.


Menurut Doktor Nazri, ketiga-tiga masalah ini tidak membahayakan ai. Tapi ai akan ada masalah kitaran haid yang tak akan selesai dan kesukaran untuk mengandung. Lagipun siapa tahu kalau di masa hadapan ianya akan menjadi satu masalah besar kan. Doktor Nazri suruh ai dan Encik Husband berbincang terlebih dahulu.


Gambar hasil carian di Google.


Setelah berbincang dengan Encik Husband, kami putuskan untuk buat pembedahan pada 7 Januari. Tak mahulah tunggu lama-lama. Takut ai berubah fikiran pula. Hati perempuan macam ai ni mana pernah nak tetap. Hahaha!


5 Januari 2019, sekali lagi ai bertemu dengan Doktor Nazri dan sekali lagi perut ai kena scan. Entah kenapa ai rasa kali ni macam sakit pula. Selepas memberi penerangan ringkas dan apa yang perlu dibuat, ai diminta berpuasa bermula dari pukul 6 pagi. Malangnya ai terjaga dah pukul 6.30 pagi. Ai pun jujur langsung tak makan dan minum. Dah selesai semua, kami balik ke rumah dan tunggu hari Isnin yang bakal tiba.


Dua jam setengah di dalam bilik pembedahan


7 Januari 2019, hari yang mendebarkan dah pun tiba.  Ai dimasukkan ke wad lebih kurang pukul sepuluh pagi. Awal-awal lagi ai dah kena cucuk untuk ambil darah dan dipasangkan tiub untuk drip. Lepas tu nurse bagi ai baju hospital untuk ditukar. 


Sementara menunggu ke pukul 2.30 petang, doktor pakar bius menerangkan serba sedikit proses pembedahan yang akan dijalankan. Menurut beliau, sepatut nya ai boleh je sarapan ringan pagi tu kalau dah terlewat sikit. Tapi ai kan jujur orangnya.


Tidak lama kemudian, tiga orang nurse masuk untuk beri ai ubat buang air besar. Salah seorang dari mereka suruh ai mengiring sebab dia nak masukan ubat tersebut. Sumpah malu! Dalam sepuluh saat, perut ai dah mula memulas dan keluar semua saki baki yang tinggal dalam usus. Fuh hebat betul penangan ubat tu. Rasa nak minta lebih pula.


Pada pukul 2.30 petang, beberapa orang nurse masuk dan tolak katil ai menuju ke bilik pembedahan. Masa ni ai dah mula nak menangis. Encik Husband teman ai sampai di pintu bilik pembedahan. Waktu nak masuk dalam tu, ai rasa sayu hati macam nak ke medan perang. Takut sangat. Ingatkan masuk dalam tu, dah boleh dibedah, rupanya mereka bawa ai ke ruangan menunggu. Oh, nak bedah pun kena tunggu giliran rupanya. Ok, ai tunggu.


Dalam proses menunggu tu, ada seoorang lagi pakar bius datang dan beri penerangan ringkas tentang proses bius. Tunggu punya tunggu, pada pukul 4.30 petang katil ai ditolak sekali lagi memasuki bilik pembedahan yang sebenar. Sejuk, tapi ai berpeluh-peluh. 


Mereka meminta ai untuk ke katil pembedahan. Tapi ai tak boleh dibenarkan berjalan atau melasak di atas katil tersebut. Lepas tu diorang pasangkan wayar-wayar di dada ai dan bius dimasukkan melalui tiub drip tadi. Pakar bius tu tak bagi ai tutup mata. Bila diorang letak asap di hidung, dalam beberapa saat ai terus tertidur. Sedar-sedar je apabila dikejutkan oleh nurse, ai terus tengok jam di dinding yang dah menunjukkan pukul 7.30 malam. Soalan pertama ai, 'mana suami saya?'


Selapas dikejutkan dari tidur yang lena tu, ai mengalami kesukaran untuk bercakap dan bernafas. Perut ai pun dah macam tembikai sebab gas yang dimasukkan semasa pembedahan masih ada. Sedih rasanya. Mereka tolak ai balik semula ke dalam wad. Seronok ai dapat tengok muka Encik Husband yang mengantuk tunggu ai. Bayangkan 5 jam menunggu tanpa khabar berita. 


CD pembedahan yang dijalankan. Boleh dapatkan semasa discharge dengan harga RM30.


Drama air mata bermula bila ai minta makan dari nurse, tapi dia cakap ai kena puasa lagi. Laju je air mata ai mengalir. Kelam kabut nurse tu ingatkan perut ai sakit. Lepas nurse dah masukkan drip, sikit demi sedikit rasa lapar tu hilang. Dan selepas tu ai tertidur lagi.


Keesokan harinya bila bangun pagi, barulah ai terasa sakit dalam perut tu. Tak adalah sakit sangat sebab nurse dah bagi ubat tahan sakit. Ai tak kena pakai pampers atau dipakaikan tiub untuk buang air macam sesetengah pesakit dan dibenarkan ke toilet dengan ditemani oleh penjaga atau nurse. Allah sahaja yang tahu sakitnya masa nak buang air tu. Nasib baik sepanjang ai di hospital tak terasa langsung nak buang air besar


Selepas pembedahan, akan ada pendarahan yang keluar macam period. Awal-awal doktor ingatkan, itu bukan darah period. Boleh sembahyang. Rupa-rupanya, semasa pembedahan dijalankan, doktor menemui appendix dalam perut ai. jadi doktor buang sekali. Baik Doktor Nazri ni. 


Ai duduk di hspital selama 5 hari. Dan selama itulah Encik Husband setia menjaga ai di hospital. Hari kelima ai dah dibenarkan pulang dan dapat buah tangan sekali, MC sampai tahun baru cina. Wow! Lama nya. 


Siapa yang sakit ni?


Punca-punca Cyst 

Banyak punca-punca yang menyebabkan terbentuknya cyst. Antaranya adalah pemakanan dan pengambilan supplement dan juga jamu-jamu.  Tak semua supplement dan jamu itu memudaratkan, tapi kebanyakannya ya. 


Dalam kes ai, mungkin disebabkan pemakanan sebab ai tak pernah makan jamu. hanya pernah ambil shaklee dan doktor cakap shaklee tak ada masalah. Ai sangat gemar makan asam. Mungkin itu lah puncanya kerana asam mempunyai bahan pengawet yang tinggi. Ai makan asam tu macam makan nasi tau. Tak fikir langsung akibat di kemudian hari. 


Doktor nasihatkan ai untuk jaga pemakanan selepas ini. Nak makan masam-masam boleh, tapi masam yang dari buah-buahan. Tak ada lagi asam ok. Mee segera? Elakkanlah. Begitu juga dengan makanan ringan. Nak makan boleh, tapi kurangkan. Tak makan langsung lagi bagus. Pilihan di tangan anda.


Hari ini hari ke tujuh ai duduk di rumah. Dah tak sabar nak masuk keja balik. Sebenarnya ai malu, sebab setiap hari mak mertua ai kena masakkan untuk ai. Hahaha! Harap ai cepat sihat, nak masak tom yam ayam masam-masam. Fuhhh sedapnya.


P/s : Kalau korang ada masalah yang sama macam ai, ai syorkan korang pergi berjumpa Doktor Nazri sebab dia best!




aisyaismail

37 comments:

  1. Allahu.. kalau Miera confirm berdebar sangat nak kena bedah.. Semoga ai kembali sihat..

    ReplyDelete
  2. sha ingtkan ai demam ke apa 🙏🏽 rupanya ya Allah, semoga sihat sentiasa ya ❤

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pun AI kena operate...apapun kena jaga diri dan kesihatan...semoga cepat sembuh AI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai tak tau kak ema. In syaa Allah. thank you kak ema.

      Delete
  4. Appreciate the recommendation. Will try it out.

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sihat..takut juga kekadang maslaah wanita begini

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ya. In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  7. Bahaya juga ye jamu2 tu, nasib baik tak makan dah

    ReplyDelete
  8. ssemoga cpt sembuh
    jaga permakanan..
    thx sharing ..
    1st time tau pnyakit ni .. huhu ..

    ReplyDelete
  9. Risaunya bila baca kisah ni. Skang ni memang kena jaga pemakanan.apapun take care dan sihat kembali.

    ReplyDelete
  10. Allahu. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat dan bermakna kepada saya :)

    ReplyDelete
  11. Huhuhu.. kak azni pernah 2 kali laparoscopy disebabkan endometriosis.. 1 kali luar rahim.. mmg tau sangat sakitnya bagaimana .. nak batuk pun seksa yakmat. Sampai keluar air mata. Lepas ni jaga makan and ... kena bersukan. Hehe kalau nak tau lanjut masuk blog kak aZni citer pasal endo n usaha utk concieve

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh dua kali? Sekali ni pun nak nangis rasanya. huhuhu..

      Delete
  12. semoga terus sihat ye...risiko cyst ni ada pada semua orang kan huhuu ken ajaga pemakanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak zue. Even dah operate pun masih kena jaa sebab boleh jadi balik.

      Delete
  13. Kak nina pun pernah operate ovarian cyst ni. Moga lepas ni Aisyah terus sihat. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak nina. Ramai juga yang dah kena ye.

      Delete
  14. Alhamdulilah semuanya dah selamat..
    Biar kita rawat dr awal supaya tak jadi parah kemudian hari kan..
    Pemgalaman yang Sis juga tak dapat lupakan sebab parut tetap ada kan Ai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Nasib baik parut terselindung kan sis.. Huhuhu

      Delete
  15. bagus sharing ni. semoga Aisya sentiasa sihat selalu

    ReplyDelete
  16. seram juga eyh syukur semua dipermudahkan. rehat2 kasi cepat sembuh dan cergas sperti sedia kala. CT tingin juga buat check up tapi tahap penakot tu tinggi naw.. hehe..

    ReplyDelete
  17. saya pun pernah operate..buang fibroadonema di breast

    ReplyDelete
  18. Buang polip tu guna cra scop jugk ke?brpa mnggu nk pulih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Dalam 2 3 minggu tu dah ok dah. Tapi saya jaga dalam 2 bulan gitu. Sebab tak confident dalaman dah ok.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D