MAKAN CHIA PUDDING UNTUK SARAPAN PAGI

Friday 21 August 2020

MAKAN CHIA PUDDING UNTUK SARAPAN PAGI


Assalamualaikum and hye readers.



Hari ni ai pilih makanan yang sihat untuk sarapan pagi. Nak mulakan hari yang baik kena mulakan dengan benda-benda yang baik kan. Sebab tu ai nak makan makanan yang sihat. Makanan yang sihat pun adalah salah satu benda yang baik.


Ai perasan, ai ni susah sangat nak pilih makanan-makanan yang berkhasiat. Terutamanya makanan yang melibatkan bawang putih, halia dan rempah ratus. Bukan tak makan, tapi bila berlebih-lebih tu, bau pun boleh buat tekak ai loya. Tak mengada tau!


Makan Chia Pudding untuk sarapan pagi


Yang bertanggungjawab memperkenalkan ai dengan Chia Pudding ini adalah kawan kepada adik ipar ai. Terliur sangat tengok gambar yang dia bagi. Lagi terliur bila meriah buah-buahan dalam tu. Siap ada oat, chocolate dan almond sekali. Selalunya tengok orang makan oat, ai memang tak teringin pun. Tapi yang ini lebih kepada chia sead. Tapi macam biasa lah, ai tengok dan terliur je. Nak buat memang malas!


https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html


Bila adik ipar ai cakap kawan dia ada buka order Chia Pudding, ai terus beli 3 sekali gus. Padahal tak rasa lagi tu. Dah lah cerewet. Tak makan nanti dah membazir. Tapi bukan apa, kawan dia duduk jauh takkan nak hantar satu je kan. Macam tak berbaloi pula. Hahaha!


So pagi ini ai bersarapan dengan Chia Pudding di pejabat. Dengan yakinnya ai tak bawa apa-apa sarapan lain. Kalau tak sedap macam mana? Takpelah, Foodpanda kan ada. Tapi nasib baik sedap. Hehehe! Ada rasa masam manis buah dan pahit chocolate. Memang citarasa ai. Nasib baik tak beli sarapan lain tadi. Kalau tak mesti dah membazir.


Korang cerewet macam ai tak bila nak makan sarapan yang sihat-sihat? Cubalah buat Chia Pudding ni. Alah senang je. Leceh masa nak kembangkan chia sead je. Yang lain-lain, korang letak sekalikan je dalam bekas tu. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Kalau korang malas juga macam ai, korang order je dari @izzatyhaniff. Harga murah-murah je. Berbaloi dan pasti sedap!


Izzaty ni ada juga jual makanan-makanan sihat yang lain. Cuma tengok pada kerajinan dia nak buat menu apa. Tapi menu-menu sihat dia semuanya menyelerakan. Tips yang dia bagi pada ai, main dengan warna. Lagi meriah lagi menyelerakan. Jom follow instagram @izzatyhaniff.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html

https://www.aisyaismail.com/2020/08/makan-chia-pudding-untuk-sarapan-pagi.html





aisyaismail

37 comments:

  1. tengok dia punya plating dan warna warni memang menggoda...

    ReplyDelete
  2. wow mmg menu sihat ni. mama dulu makan chia seed sekejap aje.. malas sebab asyik haus aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai tak haus pula. Cuma malas nak tunggu kembang.

      Delete
  3. wahh., sarapan ala meksalleh western nih., ;p

    ReplyDelete
  4. Tk pernah makan pun.. Nanti kena cari resepu la nak try buat.

    ReplyDelete
  5. benda lain boleh telan tapi bukan oat hahhahaha

    ReplyDelete
  6. Tengok gaya sedap..shida sendiri pun tak pernah rasa lagi nih ^_^

    ReplyDelete
  7. Wah, satu lagi resepi baru utk makanan sihat iaitu Chia puding. nice info kak. :D

    ReplyDelete
  8. menu eat clean ni, kalau kena gayanya sedap jugak :)

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi rasa chia pudding ni. Selalunya tabur chia seed dalam green tea je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh juga. tapi puding ni lagi best sebab kenyang terus.

      Delete
  10. wah! da ade orang jual healty food...nice laa

    ReplyDelete
  11. OMG IT LOOKS SO YUMMY !! I'M HUNGRY

    ReplyDelete
  12. Menu sihat dan sedap ni. Tapi itulah nak menyediakan tu susah nak konsisten. Senanglah ada yang menjual. senang kerja gitu nak breakfast.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! nak consisten untuk siapkan hari-hari tu.. perlu diisiplin.

      Delete
  13. selalu nmpk org jual kt IG tp belum dpt hidayah utk membeli or merasanya ;-)

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D