PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN

Sunday 6 December 2020

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


 Assalamualaikum and hye readers.




Kalau sebut pasal zakat perniagaan, dalam kepala ni mesti dah tefikir akan hanya perniagaan yang besar-besar dengan keuntungan yang tak habis pakai sahaja yang wajib membayar zakat. Tidak! Ai dulu pun ingatkan macam tu juga. Sebenarnya, walau sekecil-kecil perniagaan, jika dah cukup syarat kita wajib membayar zakat perniagaan.

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Apa itu Zakat Perniagaan?


Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada perniagaan yang kita jalankan. Perniagaan ini termasuklah dari segi perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, perikanan, pertanian dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja yang kita niagakan sama ada secara persendirian mahupun perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam perlu dizakatkan. 



Perniagaan ini juga termasuk semua jenis perniagaan seperti syarikat, koperasi, saham dan sebagainya. Tidak kira kecil, besar atau bermusim. Berniaga secara atas talian seperti di Instagram, Facebook, Shopee, Lazada dan seumpamanya juga diwajibkan untuk membayar zakat perniagaan.


Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah ayat 267 berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."



Syarat-syarat wajib Zakat Perniagaan


Bila Ai kata wajib untuk semua yang berniaga, masih ada syarat-syarat yang mewajibkan sesebuah pernigaan itu untuk membayar zakat atau pun tidak. Berikut adalah antara syarat wajib zakat perniagaan. 

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Dimiliki oleh orang Islam

Zakat bukan cukai ya. Jadi hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang layak untuk membayar zakat. Jika perniagaan tersebut hasil perkongsian dengan mereka yang bukan Islam, maka pendapatan bersih yang dimiliki oleh peniaga Islam sahaja yang wajib untuk membayar zakat.


Perniagaan yang halal

Hanya perniagaan-perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan untuk membayar zakat. Perniagaan-perniagaan yang berunsurkan arak, khinzir, perjudian, riba mahupun kelab malam tidak diwajibkan untuk membayar zakat. 


Sempurna milik

Harta perniagaan yang dikenakan zakat mestilah sempurna dari segi pemilikan aset dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta tersebut.


Cukup nisab

Bukan semua harta perniagaan perlu dibayar zakat. Terdapat paras minima untuk sesebuah perniagaan diwajibkan membayar zakat. Nisab  wajib membayar zakat perniagaan adalah bersamaan 85 gram emas semasa.


Cukup haul

Zakat perniagaan diwajibkan kepada perniagaan yang telah cukup tempoh setahun. Penilaian harta perniagaan ditentukan daripada hasil perniagaan pada akhir haul.



Cara Pengiraan Zakat Perniagaan


Zakat akan ditaksir dengan mengambil kira semua hasil, jualan, perolehan dan dikumpul dan dikirakan jumlahnya. Jumlah yang diperoleh akan ditolak dengan segala kos dan perbelanjaan yang terlibat di dalam sesebuah perniagaan. Untung bersih yang melebihi nisab bersamaan 85 gram harga emas semasa akan dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN


Terdapat dua kaedah utama asas kiraan zakat perniagaan bagi syarikat-syarikat yang memiliki akaun dan penyata kewangan atau kunci kira-kia yang lengkap.


Kaedah model bekembang (Growth Model)

Kaedah Growth Model ini sesuai bagi Institusi Kewangan Islam atau Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabilii Semasa. Modal dicampur dengan keuntungan dan menggunakan formula berikut.

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%


Kaedah Modal Kerja (Working Capital)

Kaedah ini biasanya digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat aset semasa dan liabiliti semasa. Kaedah ini menggunakan formula berikut.


[Aset Semasa - Liabiliti Semasa] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%



Rebat cukai setelah membuat pembayaran zakat perniagaan


Mesti ramai yang belum tahu akan rebat cukai ini kan? Haa meh sini Ai nak bagitahu. Peniaga atau syarikat seperti Sdn. Bhd., Berhad dan sebagainya boleh menikmati potongan cukai ke atas zakat perniagaan yang dibayar tertakluk kepada had maksima 2.5% daripada pendapatan agregat syarikat tersebut. Tapi perniagaan milikan individu seperti perniagaan runcit, restoran, perkhidmatan dan sebagainya boleh menikmati 100% rebat penuh cukai.


Perlepasan cukai yang diberikan mestilah mengikut tarikh dan tahun korang bayar seperti yang tertulis di dalam rest. Contohnya, kalau korang bayar zakat pada tahun 2020 maka korang layak untuk mendapat perlepasan cukai syarikat pada tahun 2020 sahaja. Jangan korang kumpul resit tahun-tahun yang sudah pula. Tak lepas nak dapat perlepasan cukai tu!



Cara membayar Zakat Perniagaan


Banyak juga Ai dengar isu-isu tak tahu macam mana nak bayar zakat. Lebih-lebih lagi musim COVID19 ni. Nak keluar rumah pun takut. Jangan risau, selain bayar di kaunter-kaunter zakat, korang boleh bayar secara online je tau! Klik je link-link di bawah ni untuk maklumat lanjut pembayaran zakat perniagaan.


Website : fpx.zakatselangor.com.my

Facebook : Lembaga Zakat Selangor

Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor



Haaa senang je kan nak bayar zakat perniagaan. Tak susah pun. Kalau korang tak pasti dan tak tahu cara pengiraan cukai, website Zakat Selangor ada menyediakan kalkulator untuk senang korang nak buat kira-kira. Apa lagi, jom tunaikan zakat. Tak kan pernah jatuh miskin orang yang membayar zakat.


PENIAGAAN YANG WAJIB MENUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN






aisyaismail

11 comments:

  1. nice sharing ,sbb tak pernah tau pun bab2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. dengan zakat, harta lebih suci :D

    ReplyDelete
  3. hidup tenang bila zakat dibayar kan

    ReplyDelete
  4. zakat ni kena buat betul betul kan .. barulah berkat perniaagaan . kak azni pun tgh kira semua nih ...

    ReplyDelete
  5. thank u for sharing this info :)

    ReplyDelete
  6. Bab zakat ni jangan main main kan .. kena juga usahakn untuk byr

    ReplyDelete
  7. mudah skrg ni nk bayar zakat..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ni ai. Semoga yang ada perniagaan membayar zakat. wajib tu.

    ReplyDelete
  9. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D