Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan

Wednesday 11 May 2022

Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan


 Assalamualaikum and hye readers.




Raya terkejut raya penuh dengan kemeriahan. Alhamdulillah! Masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan hari raya yang mulia ini setelah 2 tahun tidak dapat beraya dengan bebas. Selamat hari raya Ai ucapkan kepada semua pembaca aisyaismail.com yang menyambut hari raya!


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Tahun ini Ai dan Coco beraya di sebelah Ai, di Melaka. 2 tahun tak dapat balik beraya, tahun ni bagi lah peluang nak beraya sakan. Tapi sakan di rumah je lah dengan keluarga. Ai nampak mak dan baba gembira sangat apabila anak-anak dan cucu-cucu ada di pagi raya. 



Sejak berkahwin, Ai susah nak jumpa semua adik-beradik Ai di hari raya. Tapi tahun ini, Ai dapat jumpa semua! Seronok tu tak payah nak cakap lah. Bila ramai ni, macam-macam ragam. Benda kecil pun akan riuh satu taman.



Persiapan Hari Raya

Ai dah ada di Melaka pada hari Sabtu lagi. Esoknya, kami buat aktiviti kacau wajik. Coco yang kacau sebab wajik tu dia yang nak buat. Siap minta resipi dari mak. Yang lain-lain termasuk Ai, tunggu nak makan je. Hahaha! Nasib baik sedap. Sambil kacau tu, teringat daun ketupat belum beli lagi.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Pada mulanya mak memang tak nak buat ketupat tahun ni. Leceh katanya. Tapi disebabkan Ai yang nak anyam, mak ok je. Sambil-sambil anyam ketupat sambil mengumpat. Ehh! Cadangnya, Ai nak buat video TikTok dan juga Reels. Nak ikut trend!



Bila seorang je yang menganyam, memang lama lah nak habiskan. Nasib baik 50 biji je! Kalau 150 biji, mahu pengsan dibuatnya. Yang lain-lain bukan tak nak anyam, tapi skill dah tak ada. Lupa cara-cara nak anyam ketupat.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Raya Terkejut Raya Penuh Dengan Kemeriahan

Dari siang bawa ke malam Ai anyam 50 biji ketupat. Santai-santai sebab masak-masak kakak Ai dah ambil tugas. Bila pengumuman raya, semua tunggu depan tv. Esok raya!! Terus semua jadi kelam kabut nak membuat persiapan raya. 



Dengan ayam tak siang lagi, cili tak mesin, bekas kuih raya belum tersedia. Nasib baik ketupat tinggal beberapa biji sahaja lagi nak dianyam. TikTok dan Reels pun entah ke mana. Dah tak ada masa nak buat perkara-perkara yang tak penting!


Baca juga: Resepi donut mudah dan gebu


Boleh dikatakan malam tu kelam kabut lah kami semua. Tapi, dalam kelam kabut tu, Ai terasa kemeriahannya. Semua orang bekerja sama untuk beraya keesokkan harinya. Walaupun penat, itu adalah pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Dan paling penting, buat julung-julung kalinya Ai yang masak rendang raya di Melaka! 


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Kita hanya mampu merancang

Paling kesian adalah adik ipar baru Ai. Dia dan adik Ai balik ke Melaka untuk tolong apa-apa yang patut sebelum balik ke kampung sebelah adik ipar Ai. Tiba-tiba, mereka pun terpaksa beraya di Melaka bersama-sama kami semua. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan sama ada rancangan itu berjaya atau tidak. 



Sama seperti 2 tahun berturut-turut yang lepas, kita merancang raya cara kita tapi PKP menghancurkan segala apa yang kita dah rancang. Kuasa Allah, tiada siapa yang mampu untuk melawan.



Apa-apa pun Ai sangat gembira sebab tahun ni hampir seminggu Ai beraya di Melaka. Alhamdulillah keluarga mertua memahami menantu-menantu mereka dah lama tak pulang beraya di kampung halaman masing-masing.



Baju raya klasik moden!

Oh ya, baju raya tahun ni sangat mencabar kesabaran Ai sebagai seorang perempuan. Hahaha! Awal-awal lagi dari tahun lepas Ai dah bagitahu pada Coco, tahun ni Ai pilih warna ungu. Dan Ai nak bertemakan klasik. Sebagai pencinta kebaya, Ai nak kebaya atau kebarung! Macam biasa Coco ok je.


https://www.aisyaismail.com/2022/05/raya-terkejut-2022.html



Atas faktor kesibukkan di tempat kerja, Ai tak menjahit tahun ini. Beli je, senang. Dan pilihan Ai adalah kebaya labuh daripada Color Blast. Cantik, Ai suka walaupun ada isu tentang fabrik baju tu di twitter, Ai tak peduli! Asalkan mata Ai nampak cantik, Ai akan selesa pakai. 



Cabaran baju raya Ai adalah, Ai tengok di Twitter ungu lain tapi bila sampai, ungu dah lain. Ungu yang susah nak cari baju melayu pula tu. Nasib baik jumpa juga walaupun hampir putus asa. Alhamdulillah!



Tudung pula, ada ceritanya juga. Ai nak beli tudung sulam untuk melengkapkan tema klasik. Tapi selendang mahal ya. Sampai rm70 ke rm80 sehelai. Ai memang tak suka habiskan duit untuk tudung yang mahal. Lebih daripada rm50 pada Ai dah mahal untuk sehelai tudung.



Tak dapat selendang, Ai cari pula bawal sulam. Ada yang harga bawah rm50, warna pula tak ada. Akhirnya Ai jumpa di Shoppee. Kebetulan 3 warna yang tinggal, ada warna yang Ai nak. Alhamdulillah, rezeki. Harganya pun tak mahal. Seller pun baik orang nya. 



Itulah kisah raya terkejut Ai. Raya korang macam mana? Terkejut juga tak? Kongsi lah cerita raya korang. Kalau korang ada tulis di blog, tinggalkan link di ruangan komen ya. Ai nak baca semua cerita raya korang!





aisyaismail

5 comments:

  1. Selamat Hari Raya Ai!!
    Nmpk sedap wajik tu..

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut raya
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya Ai. Wah, sakan raya sampai seminggu. cantik baju raya awak. walaupun raya terkejut tapi meriah dalam kekalutan. dapat jumpa keluarga, tu yang paling best

    ReplyDelete
  4. raya terkejut pun juadah still on.. Selamat Hari Raya.. nanti kita up story raya terkejut juga.. tunggu free2 hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Ai...wahh kacau wajik, rajin Coco...kuih tradisi ni..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D