Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..

Wednesday 19 June 2024

Ibadah Qurban Ke Korban? Pertama Kali Dalam Sejarah..


Selama ni, korang guna ejaan ibadah qurban atau korban? Ai perasan, penggunaan kedua-dua ejaan ni sama banyak. Ada yang gunakan ejaan qurban dan ada juga yang gunakan ejaan korban.


Selalunya bila Ai bertanya, ramai yang jawab kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Jadi, ikutlah keselesaan masing-masing.


Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul adalah ibadah korban yang membawa maksud  'amalan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepas hari tasyrik. Sebahagian daripada daging itu akan diagihkan kepada fakir miskin.'


Korban


Selain tu, korang boleh juga baca penerangannya melalui keratan akhbar My Metro secara online di sini. Memandangkan tak ada sokongan yang jelas dari pihak lain, Ai pilih untuk gunakan ejaan 'korban' sahaja.


Kalau korang ada mana-mana penerangan ejaan yang betul bagi ibadah korban, kongsikanlah di ruangan komen. Kita boleh sama-sama belajar sesuatu yang baru.


Baca juga: Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail


Pengalaman ibadah korban 2024

Tahun ni, Ai dan Coco ada perancangan untuk buat ibadah korban. Tangguh punya tangguh, akhirnya kami tak buat pun. Sebab tu orang tua-tua selalu pesan, buat kerja jangan bertangguh. Selain malas, bertangguh juga adalah penyakit yang akan merugikan.


Korban


Tapi alhamdulillah, 2 minggu lepas Ai dapat tahu bos nak berkongsi rezeki sorang satu bahagian lembu untuk semua staf dan tiada yang terkecuali. Staf baru masuk, staf esok nak berhenti atau staf yang dah veteran, semua dapat. 


Semoga bertambah-tambah rezeki bos. Bolehlah kongsi rezeki dengan kami lagi. Aamiin!


Untuk staf yang bukan beragama Islam, tak dapatlah satu bahagian lembu untuk ibadah korban. Tapi ada rezeki lain untuk mereka. Ai tak pasti apa dia, tapi ada dan mereka dah dapat pun.


Macam biasa, ibadah korban ni ada akad yang perlu dilafaz. Selain tu kita juga disunatkan untuk tidak potong kuku, rambut atau mencabut mana-mana bulu di anggota badan sehingga ibadah korban selesai. Tak apa kalau buat, tapi kalau tak buat dapat pahala. Korang nak yang mana?


Pertama kali dalam sejarah ibadah korban

Setiap kali Hari Raya Aidiladha, Ai tak suka turut serta dalam proses korban. Ai akan tengok sekejap je, lepas tu balik. Kalau rasa nak meriahkan majlis, Ai akan tolong potong daging iaitu proses akhir sebelum dicuci dan dimasak.


korban


Sejujurnya, Ai tak boleh tengok darah banyak-banyak. Tiba-tiba akan rasa mual. Lepas tu, Ai akan mula rasa kesian dekat haiwan yang kena sembelih tu. Sebab tu Ai tak boleh tengok proses korban dijalankan. 


Bila dah ada rasa kesian, jatuh haram untuk makan haiwan yang kita kesiankan tu. Dari tak dapat makan, baik Ai tak payah tengok terus. Tak adalah susah hati, perut pun kenyang. Hehehe!


Hari Isnin lepas, Coco punya Pak Cik buat ibadah korban di rumahnya. Mereka tumbangkan 40 ekor kambing dan 2 ekor lembu. Pertama kali Ai tengok haiwan dikorbankan. Dapatlah tengok 4 ke 5 kambing yang disembelih di situ. Lepas tu Ai dah mula rasa mual dengan darah yang memancut-mancut.


korban


Ai rasa, Ai boleh tengok sebab Ai memang tak makan kambing. Sebab bila tahu tak makan, rasa kesian pun tak ada kesan apa-apa. Tapi bila tengok kambing, tak ada pula timbul rasa kesian. Mungkin juga sebab dia kecik dan tak meronta ganas sangat macam lembu. Entahlah.


Dalam ramai-ramai tu, terselit pula Alif Satar. Hahaha! Dapatlah tengok secara dekat jejaka idaman ramai gadis-gadis Malaysia ni. Nampak baik dan sopan je orangnya.


Hukum Ibadah Korban

Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya, wajib ke buat ibadah Korban? Kalau tak ada duit macam mana? Yelah, nak buat korban bukannya murah untuk orang yang tak berkemampuan.


korban


Ibadah korban ni, hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Jadi, tak apa kalau korang tak buat. Jangan risau, tak berdosa. 


Ai tak mahir bab hukum ni, korang boleh baca info yang lebih jelas tentang hukum ibadah korban di sini.


Ibadah korban setiap tahun

Insya-Allah kalau ada peluang, Ai nak buat korban setiap tahun. Tak ada rezeki nak buat sendiri, tengok orang lain buat pun ok juga. Dan Ai juga berharap, Ai jadi salah seorang dari mereka yang berada di Makkah pada Hari Raya Aidiladha dan dapat tengok Ibadah Korban yang dijalankan di sana. Doakan impian Ai tercapai. Amin!


korban


Berangan tak salah kerana dari angan-angan, jika ada usaha pasti berjaya! Yang salah kalau kuat berangan tapi mengata angan-angan orang lain.  Tak mau macam tu tau. Jom berangan sama-sama.

6 comments:

  1. bestnya ada kenangan tengok sembelihan..

    ReplyDelete
  2. semalam terlalu kat TL twitter, dia cakap "kalau boleh bayar loan kereta bulanan RM800, kenapa kita tak usahakan buat ibadah korban yg hanya setahun sekali RM800 jugak? kalau kali sehari kira RM2.20 je".
    tahun depan saya usaha nak buat sinking fund utk korban jugakla

    ReplyDelete
  3. biasanya LM dah tengok lembu tu, terus menjauh. masa takbir pun sama sama dari belakang je .orang lelaki dah penuh pegang lembu masa sembelih tu memang tak nampak pun prosese penyebelihan. bunyi nafas lembu pun LM tak mau dengar.terus menjauh duduk khemah sampai la diorang letak daging untuk lapah. dah 3 tahun LM suka ambik bahagian timbang sebab malas nak ambil risiko terluka.huhu

    ReplyDelete
  4. sy mmg terlibat dgn bidang bahasa. byk perkataan arab bla ditukar ke bm ejaannya salah. bkn qurban je...

    insya allah thn dpn sy nak buat. thn ni x buat sbb makcik dah buat. nnt byk hal nk uruskan...tambah plak thn ni cuti sehari je

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D