BERBOHONG UNTUK MENJAGA HATI.. BOLEH KE?

Sunday 17 September 2017

BERBOHONG UNTUK MENJAGA HATI.. BOLEH KE?


Assalamualaikum and hye readers~


Selama korang bernafas di muka bumi ini, pernah tak korang berbohong? Tak kisah lah dengan sesiapa pun. Pokok pangkal nya berbohong. Yang disengajakan atau tidak disengajakan. Memang benar-benar bersalah atau kerana terpaksa.


Gambar hasil carian di google.com.


Kenapa korang berbohong? Adakah sebab takut nak menceritakan apa yang telah terjadi atau takut untuk menerima apa yang bakal terjadi? Haaa pilih pilih.


Sebab-Sebab Berbohong / Menipu

Menjaga hati. Seseorang yang sentiasa risaukan hati orang lain. Takut-takut orang akan tersinggung dengan kebenaran. Menipu sahaja jalan penyelesaiannya. Contohnya, Lana mahu keluar bersama Aaisyah sedangkan kawan baiknya Peah tidak menyukai Aaisyah. Lana menipu Peah dengan mengatakan dia hanya keluar seorang diri.

Tiada keyakinan diri. Orang jenis ini sentiasa berasa dirinya tidak bagus. Dia akan menipu untuk menjadi orang lain. Contohnya, Salmah yang berusia 24 tahun sangat gemarkan cerita kartun. Namun kerana takut dipandang serong oleh kawan-kawan, Salmah mengatakan dia tidak gemar menonton kartun. Tetapi hatinya sentiasa gundah gulana kerana tidak dapat menonton kartun.

Membela diri. Seseorang yang telah membuat salah tetapi takut jika dijatuhi hukuman. Contohnya, Eton telah memecahkan pasu bunga ibunya yang diimport dari Italy. Oleh kerana takut akan dimarahi oleh ibunya, Eton mengambil keputusan untuk mengatakan Thomby, kucing peliharaannya yang memecahkan pasu bunga tersebut. Tetapi Eton akan rasa bersalah kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar.

Meraih keyakinan orang lain. Seseorang yang ingin sentiasa kelihatan hebat. Dia sanggup menipu supaya orang lain berasa kagum padanya. Contohnya, Chomby ingin nampak hebat supaya dia disukai orang-orang kampung. Chomby telah mengatakan bahawa dia bekerja sebagi executive di Kuala Lumpur, sedangkan Chomby hanyalah kerani biasa. Chomby terpaksa berjaga-jaga agar orang kampung tidak mengetahui pekerjaan sebenarnya.

Mahukan sesuatu. Seseorang yang terlalu menginginkan sesuatu di luar kemampuannya. Tetapi, kerana terlalu menginginkan sesuatu itu sehingga dia sanggup berbohong. Contohnya, Milah mahu membeli mainan di kedai Pak Akob yang berharga rm3. Tetapi wangnya hanya ada rm1. Dia telah mengatakan pada Pak Akob bahawa dompetnya telah dicuri untuk mendapatkan mainan itu. Jika Milah berjaya mendapatkan mainan itu dengan harga rm1, sudah semestinya mainan itu tidak halal untuk dimiliki.

Sudah terbiasa. Meman orang jenis ini kerjanya menipu dan menipu itu sudah sebati dengan dirinya. Contohnya, Lela suka menipu orang-orang kampung dengan mengatakan kambingnya dimakan musang. Lela rasa seronok apabila orang-orang kampung mempercayai cakapnya. Tetapi apabila rahsia Lela terbongkar, sudah pasti orang-orang kampung tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.

Untuk menyelamatkan orang lain. Nak berterus terang, tapi nanti sipolan bin sipolan teruk kena marah. Akhirnya terpaksa menipu supaya sipolan bin sipolan tak dimarahi. Contohnya, Bujibu telah merosakkan sofa mahal ibunya dan Yusuf tahu akan hal itu. Kerana kasihankan Bujibu, Yusuf mengambil keputusan untuk menipu ibunya agar Bujubu tidak dimarahi.

Mahu menjadi popular. Seseorang yang sanggup menipu untuk famous? Maknanya populariti tu tak ada maknalah? Contohnya, Salmah tiada kawan di sekolahnya. Dia cuba menarik perhatian rakan-rakan dengan mengatakan dia adalah anak ketua kampung dan harta melimpah ruah sedangkan Salmah hanyalah anak petani biasa. Sejak dari itu Salmah mempunyai ramai kawan.

Mencari kebenaran. Seseorang yang menipu untuk mencari kebenaran tentang sesuatu. Dengar macam baik kan menipu sebab ini? Tapi menipu tetap menipu. Jangan dibuat ok. Contohnya, Rahimah mengesyaki bahawa kekasihnya Rahim telah berlaku curang. Untuk memastikan kebenarannya, Rahimah telah mengatakan kepada Rahim bahawa Rahimah telah pulang ke kampung sedangkan dia mengekori pergerakkan Rahim.




Banyak betul ciri-ciri orang yang menipu ni kan? Kalau nak suruh ai senaraikan dengan lebih terperinci, panjang lagi lah article ni. Muntah jingga korang baca nanti. Korang mesti buat salah satu penipuan di atas kan? And ai taknak komen apa dan kenapa orang menipu sebab sebagai manusia biasa ai sendiri tak lari dari menipu. Ai banyak buat point no 1. 😢 Maaf ye semua.


Tak kisahlah kenapa sekalipun korang menipu, menipu tetap salah. So, kalau kantoi of course lah orang marah. Time tu jangan nak minta orang faham kenapa korang berbohong. Sebab, berbohong tu tetap salah malah berdosa. Fikirkan..





9 comments:

  1. hehehe..selalu juga bohong sunat ni..

    ReplyDelete
  2. Hellooo! 🙋🏻

    Suka artikel ni. Betul tu. Macam mat salleh kekononnya kata, "... something is better left unsaid"

    Hoih! Tu kira tipu lah jugak tu kann ann ann?
    Nape nak left unsaid pulak - nak jaga hati? Pfft.

    Cik Lisa suka baca entri ni. Thanks! 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi to me unsaid better than lying. Hehehe! Thanks cik lisa!

      Delete
  3. Besar atau tidak suatu pembohongan itu tapi bila kebenaran terserlah ada juga pihak yang akan makan hati.. .

    ReplyDelete
  4. bohong mengikut keadaan jika ianya lebih baik.

    ReplyDelete
  5. bohong sebab nak jaga hati tu selalu jugak haha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D