MISTERI LAGU ULEK MAYANG

Tuesday 14 November 2017

MISTERI LAGU ULEK MAYANG


Assalamualaikum and hye readers~


Kalau sebut lagu ulek mayang, mesti ramai orang tahu kan? Zaman sekolah dulu, selalu tengok kawan-kawan buat persembahan menggunakan lagu ulek mayang ni. Tak dinafikan, ai suka lagu ulek mayang ni. Paling best, versi yang dinyanyikan oleh penyanyi Aishah yang suaranya tip top tu. Memang best lah kalau dengar dia menyanyi. Rasa meremang bulu roma.



Ni poster teater 3 Lagenda tahun 2015 or 2016 kot.



Pernah tak korang dengar yang lagu ulek mayang ni berhantu? Setahu ai, ulek mayang ni ada dua versi. Satu versi lama dan satu lagi versi baru. Yang berhantu tu adalah lagu versi lama. Ai tak pasti berhantu sebab digilai ramai atau berhantu sebab memang ada hantu. Tapi, ai memang selalu dengar orang kata lagu ulek mayang ni berhantu. Ai pernah dengar lagu ulek mayang ni digunakan untuk mengubati penyakit dan ada juga kisah orang dirasuk kerana kerap menyanyikan lagu ini.


Jujur, walaupun ai selalu dengar tentang lagu ulek mayang 'berhantu', ai tetap menyanyikan lagu tu. Sekali dah start, asyik nak nyanyi je. Sekali dah stop, lama lepas tu baru start balik. Biasalah manusia, selagi tak jadi something selagi tu berani. But pada ai, berhantu semua itu mitos kot. Bila ai dah pindah masuk rumah mertua ni, ai selalu juga duduk rumah sorang-sorang. Bila sorang-sorang tu selalu juga nak menyanyi lagu ulek mayang tu. And one day, encik husband terdengar ai menyanyi sorang-sorang. Dia cakap, jangan nyanyi lagu tu sebab lagu tu berhantu. Ai pun macam, seriously?


Kali kedua encik husband dengar ai menyanyi, terus dia marah ai. Jangan degil katanya. Kata encik husband, dulu masa dia kecik-kecik dia selalu tinggal berdua dengan maid. Dia dan maid menyanyi lagu tu di atas, bila mereka stop, mereka dengar ada suara sambung menyanyi di bawah. Bila mereka pergi bawah, tak ada sesiapa pun. Itu last encik husband menyanyi lagu ulek mayang. Sekarang, dengar lagu ulek mayang pun meremang bulu romanya. Ok, ai seram! Mereka berdua, ai seorang. 


Sejak dari hari tu, ai macam tak berani nak menyanyi lagu ulek mayang tu. Bila ternyanyi tu, tiba-tiba tegak bulu roma. Bukan sebab ai ada rasa something, tapi sebab teringat cerita encik husband. Ceh! Penakut juga rupanya ai ni. Hehehe! I wonder, siapa sebenarnya yang cipta lagu ulek mayang ni? Macam mana lagu ni boleh dikatakan berhantu? Lagu atau tarian yang berhantu? Apa yang terjadi sebenarnya? Sungguh, ai tak berani nak tanya pakcik G. Kang tak pasal-pasal keluar macam-macam cerita lain.






32 comments:

  1. Kalau tak silap Sha lagu tu mentera menyeru sebenanrnya.. Tapi Sha pun tak pasti..Banyak je cerita pasal lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai pun tak sure. tapi pernah tengok cerita apa ntah guna lagu tu ubat penyakit.

      Delete
  2. Sy suka lagu ulek mayang...Dulu time kolej siap buat ringtone lagu tu kot..Tp mujur x jadi ape2..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai pun suka sampailah dengan cerita husband tu.

      Delete
  3. ok seram. memang tak pernah berani nak nyanyi lagu ulek mayang ni.

    ReplyDelete
  4. seram pulak rasanya dengar cerita suami ai tu, eh akak dulu2 pun suka juga nyanyi lagu ni. tapi pernah juga dengar tentang lagu ni berhantu tapi tak tahulah sejauhmana kebenarannya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai pun tak sure kebenarannya. just dengar dari orang je.

      Delete
  5. Sejauh mana kebenaran akak x pasti...semoga takde apa2 yang pelik...dulu pun akak selalu gak buat persembahan guna lagu Ulek Mayang ni...so far takde apa2 alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu ulek mayang ni femes kan dengan persembahan sekolah.

      Delete
  6. Lagu ni seru something kut kalau ikut kata orang tua dulu-dulu, pulak kalau lirik dia lengkap start dari puteri 1 hingga puteri 7 tapi tak sure la. Tapi lagu ni memang best. Tip top

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai suka sangat lagu ni.. tapi dah takut.. hahaha

      Delete
  7. Kita tahu dulu orang pernah cerita yang lagu Cindai tu berhantu hehehe. Tapi apa yang kita dengar lagu lama2 ini bahasa mereka memang ada unsur2 alam ghaib dan menusuk jiwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu cindai pernah juga dengar, tapi cerita atas cerita je.

      Delete
  8. Seram baca,dahlah tengah gelap ni ahaha. Tapi memang pernah dengar dulu pasal lagu ni,tak ingat pula kat mana. Memang ada unsur" seruan or sort like jampi (maybe) kat dalam lagu

    ReplyDelete
  9. Selalu rasa seram juga kalau ternyanyi lagu tu. Sebab nanti terflash back al kisah sebalik lagu tu. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Nasib mlm ni bukan mlm jumaat hehe..seram oiii..cite hantu pun takut wei nak tgk

    ReplyDelete
  11. Ada sejarah lagu ulek mayang lama kalau disekolah saya sampai histeria.. teringin jg nk dgr version baru..huhu

    ReplyDelete
  12. Yelah kalau nak buat persembahan ke dikir barat ke lagu ni mmg femes....
    Tak taulah pulak berhantunya. Hish seram pak haih!

    ReplyDelete
  13. wah creepy ada lagu macam tu? maybe you should try record and put in youtube! mesti viral gila! :D

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  14. kalau siang dengar okay,
    kalau dengar malam malam jangan buat hal.

    ReplyDelete
  15. Mmg lagu ni scary..
    Kalau kita dgr kan..cpt2 pegi tmpat lain...

    ReplyDelete
  16. Pernah dengar juga lagu ni berhantu. Tak pasti betul ke x. Sebab bila dengar rasa meremang kan.

    ReplyDelete
  17. I've not listen to this song before, let me search for it but I'm a scaredy cat will listen in the day only.

    ReplyDelete
  18. betul..banyak je kisah seram pasal lagu tu..mostly dekat asrama..betul la tu ada yang cakap lirik lagu tu mentera..kiranya klo menyanyi macam memanggil.huhu

    ReplyDelete
  19. Xpernah tahu pulak lagu ni bhantu..

    ReplyDelete
  20. Kita pula, ada a few lagu xboleh dengar.. nanti badan tertiba menari bersilat ikut irama...

    ReplyDelete
  21. Pernah baca macam2 kisah seram pasal ulek mayang. Yaya sendiri pun rasa nak terbuai dalam keseraman bila dengar lagu dia haha

    ReplyDelete
  22. sha baru duk ingat lirik lagu ni pun dah seram haha

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D