TERINGIN MAKAN DI BRUH KITCHEN, MELAKA. TAPI.....

Tuesday 23 June 2020

TERINGIN MAKAN DI BRUH KITCHEN, MELAKA. TAPI.....


Assalamualaikum and readers.



Bukan main teringinnya. Ada apa-apa ke tu? Hahaha! Tak ada apa nya. Bukan ai yang teringin, tapi Encik Husband yang teringin. Daripada beberapa bulan lepas dia dah sebut-sebut. Siap paksa ai tengok instagram Bruh Kitchen lagi. Tapi nak buat macam mana, dah PKP dan dari Selangor tak boleh merentas ke Melaka.




Kalau tengok kat instagram Bruh Kitchen tu, memang lah semuanya nampak sedap. Lebih-lebih lagi kambing dia tu. Tapi ai tak makan kambing jadi ai tak adalah beriya nak makan kat situ.


Teringin makan di Bruh Kitchen, Melaka. Tapi.....


Jumaat lepas, Encik Husband buat surprise bila pagi-pagi dia dah sampai di Melaka. Masa tu ai dengan mak dan baba tengah bersarapan. Ingatkan bangla mana lah bagi salam kot nak jual carpet. Hahaha! Lepas tu tak habis-habis ajak ai keluar tapi taknak bagitahu pergi mana. Katanya nak dating. Tapi ai kenal sangat Encik Husband ni, kalau beriya sangat ajak keluar, mesti dia dah ada lokasi yang nak dituju.


Bila dah balik Melaka tu, memang liat sangat lah nak keluar. Malas je memanjang. Lepas Asar baru kami keluar. Lepas beli barang sikit, kami nak teruskan perjalanan ke destinasi yang belum tahu hala tuju tu. Tapi malang tak berbau. Tayar kereta bocor pula. Nasib baik ada tayar simpanan.


Bersungguh Encik Husband tukar tayar kereta tepi jalan. Ramai pula yang menegur. Baik-baik orang Melaka ni. Love korang.




Masa ni kitorang memang dah batalkan 'dating' petang tu. Nak cari kedai tayar je sekarang ni. Dah siap tukar tayar, tayar simpanan pula tak ada angin. Kereta tak boleh nak bergerak. Encik Husband buka lagi sekali dan pergi pam di stesen minyak. Nasib baik ada Petron yang berhampiran. Dah selesai semua, kami terus pergi ke kedai tayar di Malim, Melaka. Langgar kaca kata orang yang tampal tayar tu.


Malam tu lepas makan malam, Encik Husband ajak keluar lagi sekali. Kali ni baru lah dia cakap betul-betul nak pergi cari Bruh Kitchen. Ok, jom. Dah balik KL nanti bila pula lah nak pergi. Kalau balik sekejap-sekejap ai memang malas nak keluar.


Makan di Bruh Kitchen, Melaka


Bruh Kitchen ni macam kafe hipster juga. Tapi kalau korang nak makan dalam kedai yang ada penghawa dingin, di sini bukan tempatnya. Menu dia, ada pelbagai. Lamb Chop, Chicken Chop, Meatball, Spaghetti dan macam-macam lagi lah.




Paling best, dia ada Manggo Cheesecake yang sedap. Ai memang pencinta Manggo Cheesecake, tapi setakat hari ini baru ada tiga tempat je yang betul-betul kena dengan selera ai. Kulacakes, air tangan BFF ai dan yang terbaru di Bruh Kitchen.


Kami order Manggo Cheesecake, set meatball dan juga strawberry smoothies. Bungkus je, malas makan kat situ. Nanti macam-macam nak di beli. Dah lah sebelum keluar dah makan malam. Kami beli dan makan di Pantai Klebang. Haaaa.. ni baru lah namanya dating! Hehehe!




Sedap juga meatball dia. Cuma kuah dia cair sikit. Kalau pekat tu, memang ngam sangat-sangatlah. Tak apa, nanti lain kali kami nak repeat makan kat situ. Tapi nak pergi ramai-ramai, baru lah meriah. Kalau korang nak usha-usha Bruh Kitchen, korang pergi teengok intagram @bruhkitchen je. Tengok gambar je pun dah rasa lapar.




aisyaismail

24 comments:

  1. Makanan kat situ menggoda la. Nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Gigih suami.
    Di Melaka? Haha tapi abah dan mak tak suka nak makan makanan Barat. Kena pergi seorang. Nanti tengok FB Bruh kalau ada nak tengok alamat.

    ReplyDelete
  3. dugaan betul nak makan kt bruh tu ye... tengok menu dia semua mmg alahai sedapnya

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. Nikmatnya. Burger pun sikit punya tinggi.Puas la makan kalau gini.

    ReplyDelete
  5. mango cheesecake tu nampak sedap sangat AI :)

    ReplyDelete
  6. Dugaan betul nk g mkn yer.. tak pe janji dpt mkn sedap

    ReplyDelete
  7. amboi..bangla jual karpet terus...ai tak tolong tukau kan tauar ke?? next time kene ajak tuan president..

    ReplyDelete
  8. Ok next time turun sana dah tau nak jjcm dekat mana. Hehe

    ReplyDelete
  9. nak keluar food hunting but still am very cautious and takut utk keluar.

    ReplyDelete
  10. sis pernah lalui saat tayar bocor.. mujur ngan encik asben.. kalau sensorang rasa nangis tepi jalan dah.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tapi kesian tengok Encik Husband tukar tayar.

      Delete
  11. hihi dapat jua akhirnya. time PKP ritu mmg dasyat2 juga benda yang diidamkan hehe.. samalah rasanya ramai cemtu hehe..

    ReplyDelete
  12. GV takut nak masuk cafe hipster ini sebab takut harga makanan mahal sangat. huhu. Tapi menu bruh chicen melaka mmg nampak sedap sgt. huhu

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D