6 KEGUNAAN KULIT LIMAU YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU

Friday 14 August 2020

6 KEGUNAAN KULIT LIMAU YANG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU


Assalamualaikum and hye readers.



Sedapnya kalau dapat makan buah limau sambil-sambil menonton televisyen. Kalau dapat minum air limau kisar pun sedap juga. Bertambah sedap jika buah limau tersebut manis rasanya. Tapi ada juga yang gemarkan rasa limau yang masam. Tak kira manis  atau masam, bau limau sentiasa menyegarkan. Selalunya bila makan limau, apa yang korang buat dengan kulitnya? Jangan dibuang kerana kulit limau ada juga kegunaan walaupun tidak boleh dimakan.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/7-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html


6 Kegunaan kulit limau yang mungkin kita tidak tahu


Hilangkan bau busuk pada kasut


https://www.aisyaismail.com/2020/08/6-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html


Bau kasut yang busuk sangat membimbangkan. Tak nak pakai, itu sahaja kasut yang ada. Bila pakai pula bimbang orang sebelah boleh bau. Macam mana nak hilangkan bau kasut tanpa keluarkan duit yang mahal? Haaa.. korang letak beberapa keping kulit limau selama 24 jam dalam kasut. Bau kasut korang akan diserap oleh kulit limau dan meninggalkan bau limau. Wangi dan jimat duit.


Sebagai pewangi rumah


Pewangi rumah yang berjenama agak mahal. Lebih-lebih lagi yang wangi dan tahan lama. Kalau jenama yang popular, lagi lah mahal. Cuba korang buat sendiri je. Korang rebus kulit limau yang sudah dipotong selama beberapa minit. Campurkan sedikit dengan kulit kayu manis atau daun pudina. Kemudian letakkan di dalam bekas yang terbuka dan letakkan di tempat-tempat seperti di dapur, bilik air dan bilik tidur.


Mengelakkan kucing buang najis merata


Banyak ai tengok kawan-kawan yang merungut di sosial media di mana kucing jiran-jiran suka membuang najis di dalam kawasan rumah mereka. Dah macam tandas pula. Cuba korang ambil kulit limau dan hiriskan kulit limau tersebut. Kemudian korang letakkan di tempat yang menjadi kesukaan kucing tersebut. Bau limau yang kuat tu akan mengelakkan kucing datang ke tempat tersebut. Selesai masalah! Hahaha! Tapi ai belum pernah cuba. Korang cuba lah, lepas tu bagi feed back ya!


Dapat melegakan sakit kepala


https://www.aisyaismail.com/2020/08/6-kegunaan-kulit-limau-yang-mungkin-kita-tidak-tahu.html  Automatic Permalink


Bila sakit kepala dah datang, semua kerja tak menjadi. Kalau korang jenis yang tak suka telan panadol, cuba petua kulit limau ini. Gosokkan beberapa keping kulit limau pada dahi dan hidu bau kulit limau tersebut. Bau segar kulit limau itu dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Kalau ai, tak kira bau apa sahaja buah yang masam dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Awas! Lebih baik korang berjumpa doktor. Takut ada penyakit lain pula bila dah melibatkan kepala.


Bersihkan sinki sehingga berkilat


Asingkan isi dan kulit limau. Isi limau tu korang makan lah sebagai pencuci mulut. Kulit limau tersebut korang sental sinki menggantikan berus. Pasti berkilat dan wangi sinki korang. Jimat berus kat dapur. Hehehe! Sental betul-betul tau. Kulit limau ni hanya menjadi pengganti berus dan kulit limau tidak boleh buat magik!


Korang boleh lah cuba buat di rumah ataupun di tempat kerja. Kalau berhasil boleh lah korang kongsikan pengalaman korang mencubapetua-petua di atas. Semoga bermanfaat untuk orang ramai dan tidak dibazirkan kulit limau yang ada.




aisyaismail

39 comments:

  1. selalu dengar petua ni tapi tak pernah try buat lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. saya tahu kulit limau orang buat asam hehe..
    sedappp jugak =D

    ReplyDelete
  3. tau yg jd pewangi tu je yg lain baru tahu hehehe

    ReplyDelete
  4. akak suka bau kulit limau tu memang menyegarkan, kalau dulu nak balik U atau balik kg kene duduk dlm bas lebih 5 jam memang suka bau limau,, bawak bekal limau purut pastu suka bau kulitnya..rasa segar

    ReplyDelete
  5. memang kulit limau abe kie selalu cium bila selesema..dpt kurangkan pening kepala sikit...

    ReplyDelete
  6. Petua UTK sini tu xpernah try lg..bole cuba nt

    ReplyDelete
  7. Petua bagus ni. Selalu sakit kepala.

    ReplyDelete
  8. wahh bagus tips ni n i love how it smell^^

    ReplyDelete
  9. Menarik tu boleh hilangkan bau kasut. suka bau kulit limau. buat cuci sinki tu berkesan sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kaki pun kena jaga juga. Bukan kasut je.

      Delete
  10. Banyak rupanya kegunaan kulit limau ni erk

    ReplyDelete
  11. yang kita suka asam kulit limau.. ala.. sedapnya..

    ReplyDelete
  12. mmg rare info ini. tak sangka kulit ada banyak fungsi lain. terbaik kak. :D

    ReplyDelete
  13. wahh bagus tu..lepas ni jgn buang lah kulit limau..simpan kan :)

    ReplyDelete
  14. yang bau kulit limau utk hilangkan sakit kepala dah pernah cuba..menjadi tau..satu lagi untuk hilangkan bau di blender..AD suka blend kulit limau then cuci macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai pun selalu bau limau. Atau yang masam2 kalau pening.

      Delete
  15. selalunya buang je..hahah..Ok nanti boleh cuba buat cuci sink dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Buang je. Sebab pk selalu guna. nanti ada kulit lagi.

      Delete
  16. nak cuba la.. rumah mama ni selalu tempat kucing melepak pastu dia tinggal harta karun plak huhuu

    ReplyDelete
  17. selalu letak lemon dalam microwave sbb tanak ada bau makanan campur2 lol

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D