BERSEDIAKAH AKU?

Monday 14 December 2020

BERSEDIAKAH AKU?


 Assalamualaikum and hye readers.



Minggu lepas benda yang Ai tak nak terjadi dah pun terjadi. Ai kena serang sakit gigi di tempat kerja. Sakit bukan sakit manja-manja tau, sakit sangat. Macam biasa lah, Ai tahan sakit tu. Kalau bagi pilihan sakit gigi dengan doktor gigi, Ai rela lagi sakit gigi. Entah apa yang takut sangat pun tak tahu lah.


BERSEDIAKAH AKU?



Kumur dengan air garam

Balik rumah, Ai kumur dengan air garam. Petua ni sangat mujarab tau pada Ai. Sebelum-sebelum ni memang Ai kumur dengan air garam je. Tak lama lepas tu sakit gigi Ai akan bertukar jadi kebas-kebas dan hilang sakit. Tapi kali ni tak elok-elok pula sakit ni. Berkali-kali Coco ajak pergi klinik gigi, memang tidak lah.



Keesokkan harinya Ai pergi kerja macam biasa. Gigi masih berdenyut-denyut sakit. Dalam tengahari Ai nak tengok gigi dekat cermin, mana lah tahu ada sisa makanan tersumbat ke walaupun Ai tak rasa ada. Tak sempat Ai nak belek gigi, Ai dah nampak pipi Ai bengkak sebelah. Masa tu memang nak menangis dah. Terus whatsapp Coco.



Respon pertama dari Coco mestilah dia ketawa dulu. Sambil-sambil tu Ai Google tentang bengkak pipi ni. Seram pula. Nak tak nak Ai kena juga pergi jumpa doktor gigi. Ya, antara sakit gigi dengan doktor gigi Ai pilih tahan sakit tu. Tapi ni dah sampai bengkak pipi. Tak boleh jadi ni.



Pada mulanya Coco ajak pegi Pure Dental Clinic yang terletak di Bukit Raja. Dia pernah dapatkan rawatan dengan doktor di situ. Doktor Fauzan namanya. Ai pun telefon Pure Dental Clinic untuk buat temujanji. Tapi musim Covid ni Pure Dental Clinic tutup pukul 5 petang. Reception yang jawab call tu cadangkan Ai pergi branch mereka, KP Dental Place di Seksyen 7. Kat situ tutup lambat sikit.



Ok, takpe lah Ai cuba klinik kedua iaitu klinik yang banyak Ai jumpa dalam carian di google.com, Klinik Pergigian Khairuddin. Kata mereka Doktor Khairuddin bagus. Tapi sayang juga, tutup awal kerana musim Covid. Dan pilihan terakhir Ai, cari je lah mana-mana klinik gigi yang dekat dengan office. Senang!


BERSEDIAKAH AKU?



Pertama dan terakhir kali pergi

Dalam kepala ni satu je, nak dapatan khidmat nasihat dari doktor. Kalau kena buat rawatan sekali pun, Ai perlukan masa untuk bersedia. Maklum lah, penakut jumpa doktor gigi kan. Tapi mungkin nasib Ai tak baik, dari receptionist sampai lah ke doktor paksa Ai cabut gigi masa tu juga. Ya Allah! Dah lah paksa, suara doktor tu dalam nada yang annoying sangat. Kuat pula tu. Rasanya satu klinik tu boleh dengar suara dia. Tak jaga air muka patient langsung!



Ai memang dah bengang dah masa tu. Siap cakap "saya tak kisah kalau awak tak nak cabut, saya ada banyak lagi patient lain". Lepas tu Ai yang seumur hidup tak pernah cabut gigi kekal ni tanya lah, "sakit tak masa bius tu?" Doktor tu jawab, "sakit lagi sakit gigi, belum pernah ada orang mati masa inject bius" dengan nada annoying. 



Ok, Ai putus asa dah kat klinik tu. Ai terus minta antibiotik je. Cukup lah bekalan sementara Ai cari klinik lain yang Ai selesa. Masa nak bayar, reception tu masih memujuk Ai untuk cabut gigi. Tapi Ai memang dah tawar hati dah dengan doktor tu. Masa nak bayar tu, Ai yang kena minta antibiotik lagi sekali. Padahal dah cakap dah dekat doktor tadi. Ai minta sekali MC. Balik office Ai kemas-kemas terus balik rumah.



Jangan tanya tau klinik pergigian mana yang Ai pergi. Sebab sebelum Ai pergi klinik tu Ai dah google dulu. Ada je review yang bagus dan ada yang tak bagus. Mungkin bukan rezeki Ai, Ai dapat service tak bagus.



KP Dental Place

Petang tu, borak-borak dengan Coco dan dia cakap kenapa tak cuba je KP Dental Place. Branch mungkin ok sama dengan induk. Ok lah, Ai pun telefon lah untuk buat temujanji. Keesokkannya Ai pergi ke KP Dental Place yang terletak di Seksyen 7. Kali ini rezeki Ai, Ai dapat juga rawatan dari Doktor Fauzan.


BERSEDIAKAH AKU?



Pengalaman klinik kedua ni berbeza dari yang pertama. Doktor Fauzan tengok dan dia cakap perlu cabut gigi Ai sebab dah kena jangkitan. Tapi kalau terus buat Ai akan rasa sakit sikit. Jadi dia nasihatkan untuk Ai untuk makan antibiotik dalam 5 hari dan datang balik untuk cabut gigi tu. Tapi kalau Ai taknak, dia tak boleh nak paksa. Tapi sakit tu memang akan datang balik di kemudian hari. Lembut je dia bagi nasihat.



Hari ni gigi Ai dah tak sakit. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Doktor Fauzan "selalunya orang bila gigi dah tak sakit terus tak jadi nak cabut gigi". Eh macam tau-tau je doktor ni. Hahaha! Sejujurnya Ai belum bersedia nak cabut gigi. Tapi takpe, Ai taknak bengkak tu berulang. Boleh membahayakan Ai juga. Harap-harap Ai tak rasa sakit masa kena bius tu. Kalau KP Dental Place tu ok, nanti Ai review ok. Boleh lah warga Shah Alam serbu klink tu nanti. Hehehe!





aisyaismail

32 comments:

  1. sakit gg tak bboleh buat main kan AI..huhu

    ReplyDelete
  2. Allahu..sama la kita sakit gigi teruk last week last2 buat root canal treatment doktor nasihatkan supaya gigi tak perlu cabut..huhu

    ReplyDelete
  3. Kerek jugak dentist yang pertama tu, ye. Elok ikut saranan doktor, Ai. Akak pernah cabut gigi geraham bongsu, pun pipi bengkak. Sakitnya tu, rasa nak tumbuk orang. Tapi tak dapat, jadi tumbuk bantal je. Hehe...

    ReplyDelete
  4. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. Memanglah kita harapkan doktor yang baik, tidak menakutkan.

    ReplyDelete
  6. oh no, sakit gigi dah la sakit yg amat.. huhuhuhuh take care :(

    ReplyDelete
  7. kalau dah teruk macam tu better cabut Ai sebab nanti dia akan effect akar lepastu merebak dekat gigi sebelah. Dia bagi ubat untuk surutkan bengkak/sakit je tu.

    ReplyDelete
  8. buat kesehatan tak boleh ragu ke cek dokter. daripada tambah parah..

    semoga lekas sembuh ya

    ReplyDelete
  9. tapi kalau dah tak sakit better ke klinik untuk cabut ke apa... takut sakit tu menyerang uiiihhh tak tertahan sakitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Doktor pun nasihat benda yang sama.

      Delete
  10. Nak cabut gigi memang kena bersedia mental & fizikal.

    Sis nk buat scalling pun dah berapa bulan asik postpond je 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai nak try scalling pula. Tapi takut juga nak buat.

      Delete
  11. Fuh, saya pun kalau bab jumpa dr gigi memang seram!
    Moga urusan Ai dipermudah ya.

    ReplyDelete
  12. biadap betul jd doc gigi pun.. kalau jd PM mcm mana la perangai. ada kes org meninggal sbb cabut gigi. doc tu yg tak tahu.

    ReplyDelete
  13. Aduh! tak boleh tahan kalau sakit gigi. bersedia atau tidak kena relakan juga jumpa doktor. tak sanggup nak tahan. naik ke kepala sakitnya.

    ReplyDelete
  14. allahu kalau dah sampai bengkak tu maksudnya dah ada kuman tu ai

    ReplyDelete
  15. sya pun kumur2 dgn air garam ja kalau sakit gigi nii hmm tapi sakit gigi ni bahaya jugaa

    ReplyDelete
  16. Kalau sampai dah bengkaka pipi tu memang bahaya Ai..

    ReplyDelete
  17. baru tahu air garam boleh kurangkan pembentukan plug gigi

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D