RIADAH BERSAMA KELUARGA - TAMAN PUDU ULU

Thursday 17 May 2018

RIADAH BERSAMA KELUARGA - TAMAN PUDU ULU



Assalamualaikum and hye reader~




Alhamdulillah, kita masih dapat berpuasa di bulan yang mulia pada tahun ini. Korang puasa ke tidak tu? Kalau mampu dan tiada masalah "kaum wanita", jangan cuba-cuba nak ponteng tau. Kalau ai nampak korang drive thru kat McDonalds siap ea. Ai bawa rotan.



Sesekali ai nak interframe. Kasi chance lah.



Beberapa hari lepas sebelum masuknya bulan Ramadan, ai berkesempatan untuk berkelah bersama  ahli keluarga yang tercinta. Syukur Alhamdulillah. Ya laa, masing-masing duduk jauh kan. Bila ada kesempatan yang macam ini, susah untuk ai lepaskan. Tapi sayang, hujan lebat pada hari tersebut. Jadi, aktiviti kami terbatas.



Lokasi kami pada hari tersebut adalah di Taman Pudu Ulu. Pada mulanya ai tak tau pun tentang kewujudan Taman Pudu Ulu tersebut. Malah, namanya pun ai tak pernah dengar. Kebetulan sepupu ai ada buat majlis perkahwinan anaknya di Cheras, jadi mak ai mencadangkan kami untuk ke sana memandangkan sudah dekat. Apalagi, terus gunakan khidmat pak cik G untuk cari maklumat tempat tersebut.


Sesekali abang ipar ai nak interframe. Kasi chance kat dia pula.


Pada ai ok lah tempatnya. Kalau ada pilihan, ai lebih sukakan Taman Tasik. Hahaha! Nasib baik juga kami ke sana, kerana di Taman Pudu Ulu ada terdapat kawasan terbuka yang berbumbung. Hujan kan, mestilah nak berteduh.



Nampak tak kami tengah berkelah bawah bumbung tu?


Tarikan di Taman Pudu Ulu ini adalah kolam renang untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh masuk, akan tetapi airnya separas lutut orang dewasa sahaja. Jadi, ramailah ibu bapa yang membawa anak-anak bermandi manda di situ.



 Ada satu perkara yang ai tak berkenan apabila ibu bapa membiarkan anak-anak mandi ketika hujan. Kalau dah sakit anak-anak tu nanti kan susah. Kadang-kadang kena bertegas dengan anak-anak ni. Ada benda boleh dimanjakan dan dibiarkan, ada perkara perlu dilarang. Lain lah budak-budak tu memang kebal, takkan sakit setakat main hujan, ok ai tutup mulut tak membawang. Tak perlu tunggu ada orang yang berpengalaman nasihat baru nak terima.


Waktu operasi. Ikut jadual yang ditetapkan untuk keselamatan.

Separuh dari kolam.

Selepas jambatan putih tu masih ada kolam.



Kalau korang berada di kawasan yang berdekatan, boleh lah bawa anak-anak ke sana. Besar tau kawasan nya. Cantik juga. Nak main kejar-kejar pun memang sesuai sangat lah. Cuma pantau lah anak-anak tu. Kolamnya terlalu besar untuk kanak-kanak. Hahaha! Macam mana nak ke sana? Korang waze je Taman Pudu Ulu.



Ai perasan ada anak-anak ke situ tanpa pengawasan ibu bapa, main lompat-lompat daripada jambatan ke dalam kolam. Mungkin mereka duduk di kawasan yang berhampiran. Air kolam tu tidak dalam ya. Takut juga kalau terjadi kemalangan dalam kolam tu.



Di Taman Pudu Ulu juga disediakan surau untuk korang menunaikan solat. Tandasnya juga bersih . Apa yang menarik perhatian ai adalah beraneka sayur-sayuran yang ditanam berhampiran surau. Segar-bugar sayurnya. Ai dan Encik Husband kan sedang berjinak-jinak dengan bercucuk tanam di rumah, sebab tu kami tertarik dengan sayur-sayuran tersebut. Boleh dipraktikan di rumah.



Gambar di ambil dari tangga surau.


Sebelum ai akhiri entri kali ini, ai nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua readers yang berpuasa. Yang tak boleh berpuasa tu, apa jua alasan korang, pastikan korang menghormati keluarga atau rakan-rakan yang berpuasa. Jangan sesekali mencuba untuk menguji keimanan mereka dengan makan di depan mereka. Ada yang tak kisah, tapi tak salah jika menhormati sesama insan.






aisyaismail

12 comments:

  1. Menarik tempatnya.
    Salam Ramadan dan selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Banyak dah berubah KL nih, banyak juga tempat menarik boleh lawati. Kalau Airinaa jalan2 KL confirm sesat huhuhuhu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. makin pesat.. Tapi taman pudu ulu ni rasanya dah lama..

      Delete
  3. cantik tempat die.. buat bergambo..hehe
    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat berkumpul. cantik tempat ni, salam ramadhan ai!

    ReplyDelete
  5. Wow, besar ye kolam dia. Menarik ni!!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya tpt ni... one day nak terjah jugak

    ReplyDelete
  7. smaa lah tak tahu pun kewujudan taman ni. Kebetulan singgah nak hantar barang dekat kawan

    ReplyDelete
  8. kanak2 suka la tempat ni nak berendam hehe..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D