Aisya Ismail

Monday, 4 November 2019

NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH

November 04, 2019 17
NAK MAJLIS KAHWIN YANG SIMPLE TAPI MERIAH
Assalamualaikum and hye readers~



Impian majlis perkahwinan ai adalah yang simple sahaja. Simple ni pada ai ada tiga kategori iaitu simple pada bajet, simple pada majlis atau kedua-duanya sekali. Simple yang ai nak adalah simple pada majlis. 


Bukan lah ai maksudkan ai nak majlis yang ala kadar, tetapi lebih kepada majlis yang tidak sarat dengan banyak perkara. Tak cukup tiga hari tiga malam nak habiskan majlis. Tapi akhirnya? Hahaha! Hati manusia ni memang cepat berubah-ubah pun.




Simple pada bajet

Tak salah pun kalau nak berjimat. Kalau kemampuan korang setakat itu, korang buat lah sekadar yang termampu. Majlis perkahwinan ni tak wajib pun untuk diraikan secara besar-besaran. Orang lain tahu korang dah kahwin pun dah cukup.


Kalau korang hanya mampu sekadar untuk majlis akad nikah, teruskan dengan hanya majlis akad nikah. Kalau korang tak mampu untuk adakan majlis, korang boleh je nikah di pejabat agama. Pilihan terletak di tangan korang. Jangan kata tak ada duit tak boleh kahwin tau. Yang penting tanggungjawab korang selepas pernikahan itu.


Simple pada majlis 

Ini memang impian ai dari dahulu. Majlis yang simple tetapi penuh dengan kemeriahan. Simple maksud ai, majlis diadakan hanya dalam masa satu hari. Nikah pagi dan bersanding petang. Baju dan pelamin cukuplah yang sederhana tetapi cantik dan orang akan ingat sampai tua. 


Senang kata, majlis yang tidak terlalu megah tetapi kemanisannya diingati oleh semua yang hadir. Chewahhhh! Akhirnya, ai ikut juga cara orang lama-lama dalam keluarga ai. Joget lambak, tol, berinai semua ada. Sebab ai nak rasa semua tu di majlis sendiri. Hahaha!


Simple pada bajet dan majlis

Ini lebih kepada nak berjimat sebenarnya. Macam ai katakan tadi, kalau kemampuan korang setakat itu, tak ada majlis yang gah pun tak ada siapa yang nak marah. Betul tak? Kalau korang mampu, tapi masih tak mahu buat majlis perkahwinan yang beresepsi bagai, itu pun hak korang yang orag lain tak perlu nak pertikaikan.


Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun ai dan Encik Husband mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah! Walaupun impian untuk adakan majlis yang simple pada majlis tetapi meriah tak kesampaian, kami tetap tak berlebih-lebih untuk majlis yang gah. Yang penting, tak buat pinjaman peribadi di bank.




Terima kasih semua yang dah pernah bersusah-payah tolong ai dan Encik Husband untuk merealisasikan majlis perkahwinan kami baik majlis di sebelah ai mahupun majlis sebelah Encik Husband. Eh! Macam baru habis majlis pula kan nak berterima kasih bagai.


Selamat ulang tahun perkahwinan Husband!




aisyaismail

Thursday, 31 October 2019

A WEREWOLF BOY - FILEM KOREA

October 31, 2019 12
A WEREWOLF BOY - FILEM KOREA
Assalamualaikum and hye readers.



Buat pertama kalinya ai layan filem Korea. Selalunya asyik layan drama je kan. Lagi best tengok filem rupanya. Tak payah nak tertunggu-tunggu apa yang akan jadi seterusnya. A Warewolf Boy telah ditayangkan pada tahun 2012 di Korea Selatan. 


Gambar hasil carian di google.com


Sinopsis

Kim Sun-yi ( Lee Young-lan ), seorang wanita tua yang tinggal di Amerika Syarikat pulang ke Korea Selatan setelah menerima panggilan telefon berkenaan penjualan rumahnya di sana. Setibanya di rumah itu, Kim Sun-yi terus teringatkan kisah 47 tahun lepas di mana dia telah berpindah ke dalam rumah itu bersama ibu dan adiknya kerana masalah paru-paru yang dihadapinya. Mereka hidup di dalam kemiskinan.


Suatu hari, Kim Sun-yi ( Park Bo-young ) telah bertemu dengan seorang lelaki yang pelik dan liar di kawasan rumah mereka. Lelaki itu tiada identiti dan berkelakuan seperti haiwan liar. Ibunya, menganggap lelaki itu adalah salah seorang daripada kanak-kanak mangsa perang di korea dan mengambilnya sebagai anak angkat dan menamakannya sebagai Chul-soo ( Song Joong-ki ). Pada mulanya Sun-yi tidak suka dengan kehadiran Chul-soo, namun lama-kelamaan mereka menjadi rapat.


Ulasan

Bagusnya filem ini kerana tiada babak yang melampau. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Hero dengan heroin comel. Filem ni tak banyak dialog sangat, mungkin korang akan cepat bosan. Masa ai tengok pun, ai banyak cepatkan cerita. Itulah kelebihan tengok di website berbanding siaran di televisyen. Bleh skip je bahagian yang kita taknak tengok.




aisyaismail

Friday, 27 September 2019

MY LOVE FROM THE STAR - KIM SOO-HYUN, JUN JI-HYUN

September 27, 2019 8
MY LOVE FROM THE STAR - KIM SOO-HYUN, JUN JI-HYUN
Assalamualaikum and hye readers.



Cerita fantasi lagi. Hahaha! Tak adalah fantasi sangat tapi memang tak tercapai dek akal lelaki datang dari planet lain dengan muka jambunya. Setahu ai, alien semua menakutkan. Ai tak plan pun nak tengok cerita ni sebenarnya sebab hero dan heroin dia macam kakak dengan adik. Jambu sangat heronya. Tapi dah tertengok sebab tak ada cerita yang menarik untuk ditonton. 




Sinopsis

My Love From the Star mengisahkan tentang Do Min-joon ( Kim Soo-hyun ), seorang alien yang turun ke bumi bersama alien-alien yang lain semasa Dinasti Joseon. Semasa di bumi, Min-joon telah menyelamatkan seorang gadis yang jatuh di tebing dan ketika itu juga alien-alien yang lain pulang ke planet asal tanpa Min-joon. Min-joon perlu menunggu selama 4 abad untuk pulang semula ke planet asalnya.


Min-joon yang memiliki kuasa luar biasa dari manusia di bumi memiliki perwatakan menarik, tetapi beliau lebih gemar bersendiri. Setiap sepuluh tahun Min-joon akan menukar identiti dan mencari tempat baru untuk didiami. Masa terus berlalu dan di abad ke-20, Min-joon bekerja sebagai seorang Professor dan mengajar di sebuah Universiti tempatan.


Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya akan tiba. Kurang lebih tiga bulan, Min-joon akan dapat pulang ke tempat asalnya. Namun, tanpa dirancang Min-joon telah bertemu dengan Cheong Song-yi ( Jun Ji-hyun ), seorang pelakon terkenal yang menjadi jiran di sebelah rumahnya. Song-yi mempunyai iras gadis yang diselamatkan semasa Dinasti Joseon. Pelbagai cara dilakukan untuk menjauhi Song-yi kerana Min-joon ingin meninggalkan bumi, namun gagal. 




Ulasan

Drama ni drama kehidupan orang kaya-kaya. Hero heroin semua kaya, rumah cantik, muka cantik semualah cantik. Mesti korang berangan nak dapat teman lelaki yang jatuh dari langit juga kan? Lepas tu sempurna. Hahaha! Jangan nak berangan lebih-lebih tau sebab alien belum tentu wujud.


P/S : Kenapa drama Korea selalunya ada lebih dari satu tajuk?




aisyaismail

Sunday, 15 September 2019

SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA

September 15, 2019 25
SAYUR GORENG ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA
Assalamualaikum and hye readers.



Dalam banyak-banyak resipi, ini resipi yang paling senang. Tak pandai masak pun boleh jadi. Korang jangan bandingkan dengan masak air, nasi, maggie atau telur tau. Hahaha! Selain masak nasi dan goreng telur, sayur goreng adalah masakan pertama yang mak ai ajar ai masak. Sayur tu ikut suka korang lah nak guna sayur apa. Sayur campur pun ok. Tapi ai lagi suka sayur hijau.




Bahan-bahan

1. Sayur
2. 1 biji bawang merah dihiris
3. 1 ulas bawang putih dihiris
4. Minyak masak
5. Air
6. Garam
7. Rencah ( Ayam racik / daging racik / ikan bilis / udang kering / sotong / udang )
8. Cili merah dihiris


Cara-cara

1. Potong sayur dan cuci bersih-bersih.
2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
3. Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan bahan rencah dan cili merah. Kacau-kacau sekejap.
4. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang korang nak. Masukkan garam secukup rasa. Serbuk perasa terpulang pada korang. 
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan sayur. Gaul-gaul sekejap. Kalau suka makan sayur yang dah layur, tunggu lama sikit.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cili merah boleh juga dimasukkan bersama sayur. Kalau nak pedas, guna cili padi.




aisyaismail

Sunday, 8 September 2019

90 TAHUN DI PASARAN! ADA BOH.. ADA UMMPH!!

September 08, 2019 34
90 TAHUN DI PASARAN! ADA BOH.. ADA UMMPH!!
Assalamualaikum and hye readers.



Tidak kira pada musim panas mahupun musim hujan, antara benda yang sentiasa di fikiran adalah minum teh o panas-panas sambil mencari idea penulisan di blog. Bahangnya sentiasa melegakan tekak. Ada kajian mengatakan minum teh mampu menurunkan berat badan. Walaupun teh adalah kafein, namun teh boleh menghidratkan badan. Tak salah mencuba.




BOH pengeluar teh terkemuka di Malaysia

Terdapat lebih daripada 1500 jenis teh di seluruh dunia, namun teh yang menjadi pilihan sudah semestinya teh BOH. BOH telah menjadi pengeluar teh terkemuka di Malaysia sejak tahun 1929. Jenama teh yang mempunyai “experteas” di Malaysia selama 90 tahun. Bukan masa yang sekejap tau.


Selama 90 tahun BOH telah mampu bertahan di pasaran. Bermula dengan hanya teh biasa, sehingga sekarang BOH telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan menjadi sebahagian daripada tradisi di Malaysia. Jenama teh yang berasal daripada Malaysia ini kini mampu membanggakan kita di persada antarabangsa.




BOH ada Ummph!

Setiap hirupan membuatkan kita merasa Ummph! Sebab itu tidak kira waktu makan pagi, makan tengahari, makan petang mahupun makan malam, teh BOH menjadi pilihan untuk diminum oleh seisi keluarga. Letak lah bersama apa sahaja makanan, pasti membuka selera.


Teh BOH sangat sesuai dihidangkan di dalam pelbagai majlis dan perhimpunan. Nama BOH itu sendiri sangat sinonim dengan rasa hebat di rumah, restoran mahupun di gerai di tepi jalan. Sejak dahulu lagi, rasa, aroma dan warna teh BOH tidak pernah berubah. Rasa dengan aroma yang menenangkan dan melegakan kehausan. 


Berkongsi bersama yang tersayang

Teringat masa zaman masih bersekolah dulu. Setiap pagi mak akan bancuhkan air the BOH sebelum pergi sekolah. Satu cawan teh ai kongsi bersama adik-adik yang turut sama bersekolah. Terasa nikmat berkongsi secawan teh bersama yang tersayang. 




Selama yang ai perasan, BOH adalah jenama teh pertama yang ai sedar ada di dalam rumah. Daripada bancuhan menggunakan serbuk teh, kini jauh lebih mudah dengan adanya BOH potbag. BOH potbag bukan sahaja senang untuk disediakan, malah menjimatkan masa ketika bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebab itu lah BOH sentiasa menjadi pilihan.


BOH bukan sahaja untuk generasi yang terdahulu, BOH adalah untuk semua generasi. Budak kecil pun boleh bancuh BOH potbag sendiri. Pastikan di rumah korang pun ada BOH potbag untuk merasai aroma yang sama. Ada BOH.. ada Ummph!!




aisyaismail