Assalamualaikum and hye readers.
Thursday, 1 April 2021
Sunday, 28 March 2021
Assalamualaikum and hye readers.
Dah pergi ke belum ke ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam yang telah dirasmikan pada 22 Mac yang lepas? Meriah betul pada hari pembukaan, sampai kena beratur panjang. Mana tidaknya, dengar kata ayam dijual dengan harga 80sen sahaja seekor. WOW! Tapi Ai bukan lah salah seorang yang beratur tu ya.
ST Rosyam Mart sudah ada cawangan di Shah Alam
Malam tadi Ai dan Coco sempat ke ST Rosyam Mart buat kali pertama. Tak ramai orang pun. Tapi bila kami pusing-pusing dalam tu, makin ramai pula orang. Entah bila masa lah mereka yang ramai-ramai tu masuk. Tau-tau je dah ramai.
Sebelum sampai di situ, Ai ingatkan ST Rosyam Mart ni macam Elews Mart cuma berkeluasan besar sedikit. Tapi ternyata Ai silap! ST Rosyam Mart ni dah di dalam kategori pasaraya dan bukannya pasar mini. Siap ada dua tingkat.
Di tingkat pertama adalah untuk mencari barang keperluan memasak sama ada yang kering mahupun yang basah. Barangan nak buat kek, kuih dan biskut pun ada juga. Di tingkat kedua pula barangan seperti barang mandian, cucian, kelengkapan dapur, kudap-kudapan dan juga peralatan menulis.
Paling Ai suka adalah bahagian keju. Bermacam-macam jenis keju ada di situ. Lepas ni kalau nak buat kuih atau kek, boleh lah Ai cari di situ sahaja. Tak payah beratur panjang di kedai kek.
Murah ke di ST Rosyam Mart?
Pada Ai ST Rosyam Mart ni tak adalah murah seperti yang digembar-gemburkan. Ada barangan yang murah dan ada juga yang mahal. Contoh macam cendawan inoki, biasa Ai beli paling mahal pun RM1.30 je. Tapi di situ berharga RM2 lebih. Terus tak jadi nak ambil. Tapi bawang dan daging kambing memang murah.
Di ST Rosyam Mart ni ada barang-barang tertentu yang akan ada harga promosi. Promosi tu bukan sikit-sikit tau. Waktu itu memang betul-betul murah. Ada yang sehingga lebih 50% diskaun. Waktu itulah seronok nak membeli-belah macam di kedai Eco. Korang hanya perlu jadi member dengan harga rm10 untuk dapatkan harga tersebut.
Bapak Style Eatzy By Rosyam Nor
Dalam ST Rosyam Mart ni ada kafe. Tapi mini kafe je. Tempat duduk pun tak banyak. Bapak Style Eatzy by Rosyam Nor namanya. Boleh lepak di situ jika mahu. Kalau ramai orang jangan lah lepak lama-lama. Bagi lah peluang orang lain nak merasa lepak di situ juga. Ramai yang nak merasa melepak dengan ada style. Hihihi!
Kafe ni macam kafe hipster. Hiasan dalaman dia memang style. Sesuai sangat dengan namanya, Bapak Style! Disebabkan kafe tu style, jadi Ai pun ambillah gambar untuk dikongsikan di dalam blog kesayangan ni. Lepas tu Ai terus ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Tak payah beratur pun sebab orang yang ramai-ramai tadi masih lagi meneroka apa yang ada di ST Rosyam Mart tu.
Bila dah ada di luar, Coco cakap dia ada nampak Datuk Rosyam Nor di kafe Bapak Style tadi. Tapi dia tak pasti. Terus Ai periksa semula gambar yang Ai ambil tadi. Aah lah, ada Datuk Rosyam Nor! Aduh duh duh! Mesti dia ingat Ai nak amik gambar dia. Padahal Ai tak perasan pun. Harap-harap dia pun tak perasan. Ai malu! Hahaha! Nasib baik pakai pelitup muka. Dah macam mamarazi pula Ai ni.
ST Rosyam Mart ni mungkin masih terlalu baru lagi di Shah Alam. Masih banyak jenama dan barang yang masih belum ada. Bulan depan Ai akan cuba pergi sekali lagi. Mana tau semua barang yang Ai nak tapi tak ada malam tadi dah ada bulan depan. Harap-harap tak ramai lah sebab masing-masing nak membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan kan.
aisyaismail
Friday, 26 March 2021
Assalamualaikum and hye readers.
Setelah setahun lebih Ai kuarantinkan diri sendiri daripada menghadiri majlis perkahwinan, Ahad lepas Ai pergi juga ke majlis kahwin yang diadakan di D Tahta I-City, Shah Alam. Sepupu sendiri kahwin dan dalam Selangor, memang tak ada alasan nak kata tidak. Hahaha! Lagipun Ai teringin nak makan Ayam Masak Merah orang kahwin. Tapi hampa, Ayam Masak Merah bukan lagi menu utama di kenduri kahwin.
Kelebihan dan kekurangan berkahwin di musim COVID 19
Kelebihan
Jimat
Ai selalu dengar orang cakap, "kalau nak kahwin, sekarang lah masanya. Jimat! Tak payah buat majlis besar-besaran". Dan ya, Ai tak nafikan perkara itu. Buat majlis kecil-kecilan dan panggil saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Nikah dan terus ambil gambar kenangan di pelamin mini sambil-sambil tetamu menjamu selera. Kelebihan pada yang dah lama mengumpul duit kahwin. Banyak lebihan duit korang selepas berkahwin.
Tiada istilah majlis siapa lebih hebat
Haaa.. korang jangan tak tau, ada je jenis manusia yang suka membandingkan majlis siapa yang lebih hebat. Buat masa ni, nak buat majlis yang gah pun kena fikir banyak kali dulu. Kalau tak ada orang datang nanti kan dah membazir. Lebih baik guna langkah selamat dengan buat majlis kecil-kecilan namun tetap meriah dengan kehadiran sebilangan kecil tetamu. Sekaligus tradisi membanding-bandingkan majlis berkurangan.
Tidak perlu menunggu tempat duduk kosong
Sebelum ni makan di kenduri kahwin tak boleh lama-lama. Ramai lagi yang nak duduk makan. Kena kesiankan orang lain yang belum dapat duduk barulah orang akan kesiankan kita pula. Selalunya sebelum dapat duduk mesti jadi patung cendana sebelum dapat tempat kosong. Bila ada tetamu yang bangun, cepat-cepat dapatkan tempat itu sebab takut orang lain ambil. Siapa cepat dia dapat. Untunglah jadi tetamu VIP. Bukan setakat dah ada tempat khas untuk mereka. Tuan rumah siap iring sampai ke meja makan lagi.
Tidak perlu baratur untuk mengambil makanan
Ini yang paling Ai malas kalau bila ke kenduri kahwin. Nak makan dengan beratur memang tak boleh dipisahkan. Kalau barisan tak panjang tak apa, kalau dapat yang kena beratur panjang mahu pitam kebuluran tunggu giliran. Belum lagi yang hanya ada 1 sahaja stesen buffet. Pitam lagi sekali. Lebih-lebih lagi kalau datang di waktu kemuncak. Jangan lah buat perangai biarkan perut kosong dengan niat nak makan banyak di kenduri kahwin. Takut korang dapat kejutan tak dapat makan pula. Beruntung lagi sekali pada tetamu VIP. Makanan siap dihidang di atas meja.
Ada pilihan untuk tidak pergi
Kelebihan ini ada pada mereka yang tidak suka menghadirkan diri ke kenduri kahwin kerana korang ada pilihan untuk tidak pergi. Siapa yang nak marah? Orang ramai sedia maklum ramai yang belum bersedia untuk menghadirkan diri di tempat-tempat yang ramai orang. Tapi jangan lah korang buat dekat keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Tak baik! Nanti korang kahwin atau anak korang ke, tak ada siapa yang nak datang. Jangan buat macam tu ok.
Kekurangan
Tiada majlis idaman
Setiap orang ada majlis yang diidam-idamkan. Ada yang suka bersederhana dan ada juga yang suka besar-besaran. Kelebihan adalah kepada mereka yang memang nak majlis kahwin yang sederhana. Pada mereka yang nak majlis gilang-gemilang, korang ada 2 pilihan. Sama ada koorang nak tunda majlis atau buat je apa yang boleh. Tapi kalau tunda pun sampai bila? Kita tak tahu bila berakhirnya COVID-19 ini.
Sentiasa berjaga-jaga
Segala-galanya terbatas dan kena ikut SOP. Nak buka topeng muka masa makan pun ragu-ragu dan kena tengok kiri dan kanan dahulu. Pada hal tak buat apa-apa kesalahan pun. Rasa tak yakin tu tetap ada. Ye laa, takut juga kalau tiba-tiba dapat je surat saman. Terus nangis tak berlagu. Belum lagi masa nak ambil gambar. Tak boleh ambil ramai-ramai sebab kena jaga jarak sampai tak muat semua orang nak masuk dalam satu gambar.
Tetamu yang jauh tidak dapat hadir
Bila meraikan sesuatu yang penting, sudah tentu kita mahukan semua orang-orang yang kita sayangi untuk sama-sama meraikannya. Selalunya bila ada majlis perkahwinan lah baru keluarga yang dekat dan yang jauh dapat berkumpul. Tapi sekarang tak payah cerita lah yang dari luar negara, keluarga dalam negara pun tak dapat nak sama-sama meraikan hari yang bahagia kita.
Tiada riuh-rendah kenduri kahwin
Perkara yang Ai paling rindui semasa kenduri kahwin selain Ayam Masak Merah adalah riuh-rendah majlis itu sendiri. Sayu hati bila majlis agak sunyi tanpa kehadiran ramai tetamu. Tiada lagi kemeriahan dengan gosip-gosip semasa dan tiada lagi berkumpul ramai-ramai di satu meja. Kita buat hal kita mereka buat hal mereka.
Sejujurnya kalau korang tanya pada Ai lebih suka majlis perkahwinan sebelum atau semasa COVID-19, Ai akan pilih sebelum. Ai memang nak semula kemeriahan dan keriuhan kenduri kahwin itu. Nak jumpa mereka yang dah lama Ai tak jumpa. Oh, rindunya suasana tu.
aisyaismail
Wednesday, 17 March 2021
Assalamualaikum and hye readers.
Pejam celik pejam celik, kurang sebulan je lagi umat Islam nak menyambut semula kehadiran bulan Ramadhan. Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. In syaa Allah!
Ramai yang dah mula bersemangat bila nak masuk bulan Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi pada yang nak menunaikan solat Tarawih yang hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan. Harap-harap Ramadhan pada tahun ini dapatlah kita bertarawih di dalam masjid.
Projek Infaq Ramadhan 2021 Untuk Rumah Kebajikan dan Frontliners Bersama Dapur Lapowey
Ai percaya, selain solat Tarawih, pasti ramai yang sudah mula tanamkan niat untuk bersedekah di bulan yang mulia ini. Orang Malaysia sangat ramai yang pemurah dan baik hati. Terbaik!
Kalau korang bercadang untuk membuat infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua mahupun frontliners, apa kata korang sertai Projek Infaq Ramadhan bersama Dapur Lapowey?
Untuk projek infaq ramadhan ini, korang hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada dan minima tempahan adalah 100 pax. Harga setiap pax bermula dari hanya rm8 sahaja. Ada 6 pilihan menu yang menarik.
- Set A - Briyani Kambing Tok Cu
- Set B - Ayam Percik Merecik
- Set C - Briyani Daging Klate
- Set D - Daging Salai Gomoncheh
- Set E - Briyani Ayam Merah
- Set F - Ikan Masam Manis
Penghantaran PERCUMA di sekitar kawasan Lembah Klang
Rasa makanan yang sedap dan memuaskan
Alhamdulillah.. Ai dah rasa 2 dari 6 menu yang ada iaitu Ayam Percik Merecik dan juga Briyani Daging Klate. Sedap dan mengenyangkan. Lebih-lebih lagi apabila didahulukan dengan 3 biji kurma.
Cara untuk membuat tempahan
Call / Whatsapp :
Office - 03-77341278
Za'ba - http://www.wasap.my/60126098484/infaq
Fahmi - http://www.wasap.my/60176762067/infaq
Mala - http://www.wasap.my/60198834745/infaq
Irwan - http://www.wasap.my/60172996004/infaq
aisyaismail
Monday, 15 March 2021
Assalamualaikum and hye readers.
Ai baru sahaja berkesempatan tengok Anugerah Juara Lagu yang ke-35 sebentar tadi. Lebih kepada dengar je sebenarnya. Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua memang layak untuk menang.
Anugerah Juara Lagu yang ke-35 ni tak macam musim-musim sebelum ini kerana segala-galanya sangat simple. Tak ada penari-penari yang ramai memeriahkan pentas seperti selalu. Kalau ada pun hanya menerusi skrin LED.
Norma baru kan, kena lah jaga segala SOP. Berapa banyak pula nak kena bayar saman kalau semua orang tak jaga SOP.
![]() |
Gambar dari instagram Nabila Razali. |
Lagu yang paling Ai tertunggu-tunggu sudah tentu lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Bukan apa, kat Twitter dari malam tadi dah viral bahagian Nabila Razali terkucil. Memang berdebar lah nak tunggu dia habiskan persembahan tu.
Masa dengar klip yang viral tu, memang dengar teruk sangat. Tapi bila Ai dengar lagu penuh, ok je. Lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Nampak lah dia bekerja keras untuk persembahan malam tadi. Bahagian yang terkucil tu, maafkan lah dia. Bukan rezeki dia. Apa-apa pun baju Nabila Razali malam tadi cantik.
Walaupun Ai selalu baca kecaman-kecaman netizen terhadap nyanyian Nabila Razali, Ai jarang nampak Nabila Razali dikecam dari segi lakonan. Tak dinafikan Nabila Razali lebih menyerlah dalam lakonannya. Tak kaku! Apa-apa pun semoga Nabila Razali terus maju jaya di masa yang akan datang.
aisyaismail