Assalamualaikum and hye readers~
Ai dah lama sangat nak makan buah koko. Tapi tak tahu kat mana nak cari. Sigh~ Kebetulan dua minggu lepas, team #KBBA9 ada trip ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi, ai sangat tertarik dengan gambar buah koko. Terus ajak encik husband pada hari Sabtu baru-baru ni. Kebetulan kami memang ada short trip ke Cyberjaya. Dah alang-alang kan.
Pada mulanya, ai ingatkan konsep Taman Warisan Pertanian ni masuk and boleh makan atau beli buah di situ. Rupanya tidak. Taman Warisan Pertanian ini diwujudkan untuk tujuan pembelajaran sahaja. Sangat sesuai untuk trip sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar tentang pertanian. Untuk yang sukakan aktiviti berjalan kaki macam ai, juga sesuai. Nasib kami kurang baik, kerana hujan turun dengan lebatnya. Pada mulanya kami cancel untuk masuk Taman Warisan Pertanian ni. Tapi bila tiga kali kami lalu di situ tanpa sengaja, terus buat keputusan untuk teruskan plan. Hujan pun dah semakin reda.
Tiket masuk ke Taman Warisan Pertanian adalah rm8.50 dewasa dan rm 6.50 kanak-kanak. Student harga lain. Kalau malas berjalan kaki, boleh lah naik buggy dengan bayaran rm25 dan boleh memuatkan seramai 7 orang. Honestly ai cakap, kalau personal trip macam ai, better jalan kaki je. Nak naik turun bukit seratus kali pun tak apa. Nak masuk pagi keluar petang pun tak ada sesiapa nak marah.
![]() |
Kena panjat tangga ni dulu sebelum sampai. |
Nasib kami sangat baik hari itu. Kebetulan masa jalan-jalan tu ada pekerja Taman Warisan Pertanian sedang mengait buah rambutan. Rezeki kami, banyak buah rambutan yang diberikan kepada kami. Alhamdulillah. Kenyang terus. Ai boleh katakan, berjalan-jalan di dalam Taman Warisan sangatlah menyeronokkan kami. Asyik celebrate anniversary di shopping mall dan restoran kan, sesekali buat aktiviti begini, sangat seronok. Jom layan gambar dulu.
![]() |
Kami jalan kaki guna map ni je. |
![]() |
Ciku-ciku. Favorite ni! |
![]() |
Banyak tempat cantik untuk bergambar. |
![]() |
Paddy in town. Mana nak dapat? |
Ok, one thing yang korang kena tahu, kat dalam Taman Warisan Pertanian ni tak ada apa-apa untuk dibeli termasuklah makanan dan minuman. So, korang bawa lah siap-siap air atau apa-apa utuk dikunyah kalau korang jenis yang cepat lapar. Nak picnic pun boleh. But please make sure jangan buang sampah merata ya. Tapi jangan risau, kalau korang nak beli dan makan berat, ada je medan selera di luar Taman Warisan Pertanian tu. Harga biasa-biasa je. Yang penting sedap. Pagi lagi dah buka. Gerai buah-buahan pun ada berhampiran tempat letak kereta. Ai beli buah ciku rm5 sekilo. Kena lah tawar menawar. Puas lah makan berdua. Siap ada lebih.
![]() |
Medan selera. |
![]() |
Gerai beraneka buah-buahan dan anak pokok. |
Kalau korang masih tercari-cari aktiviti masa cuti, ai suggest korang pergi ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ni. Kalau korang taknak atau tak boleh menaiki tangga, ada je laluan wheel chair. So, Taman Warisan Pertanian ni sesuai untuk sesisi keluarga. Alamat seperti di bawah.
Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
No. 7, Jalan P16, Presint 16,
62150 Putrajaya.