GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI - Aisya Ismail

Saturday, 23 September 2017

GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI

Assalamualaikum and hye readers~


Apa khabar semua pembaca Ceritaaisyaismail? Kalau tak sihat pergi klinik cepat-cepat. Kalau sihat sejahtera, alhamdulillah! Boleh lah bekerja dengan berhemah. Yang tak berkerja tu, dah boleh sangat ni kalau nak mula buat kerja-kerja rumah. Selaraskan rutin kerja di rumah sama macam yang berkerja di pejabat. 


Hati ai hari ni berbunga-bunga riang sangat. Entah kenapa rasa lapang je dada ni. Orang kata, kalau rasa macam dalam hati ada taman tu tandanya jatuh cinta. Hahaha!





Korang nak tau tak apa favorite spot ai di office ni? Dekat tingkap office ai yang tak dilindungi dengan kabinet yang gedabak besar tu. Selalunya time lunch staff lain pergi lunch, tapi ai duduk mengenang nasib kat situ. Bawa bekal kan. So tak payah keluar. Dari situ ai boleh lah cuci mata tengok tasik yang sentiasa ada pengunjung tak kira masa. Korang percaya tak, pukul 12 tengahari panas terik pun ada orang yang gigih jogging! OMG! So not me. Yang memancing pun tak kurang juga. Tapi, selama ai bekerja di sini ai belum pernah selidik ikan apa yang ada dalam tasik tu.


Tapi dua tiga hari ni mendung je cuaca. Hujan tak kira masa. Bila tengah malam tu paling syok nak tido. Nyenyak sampai ke pagi. Waktu-waktu lain pun ai ok je. Cuma ai selalu berharap jangan lah hujan time pergi balik kerja. Basah lencun lah atas motor. Memang boleh naik kereta, tapi kena hadap lah dengan jammed sepanjang jalan. Kesian encik husband nak kena drive.


Macam biasa bila ai sampai office awal, ai memang sempat sangat nak scroll facebook, instagram dan twitter sebelum update entri di blog. Masa tengah scroll facebook, ai terbaca status seorang rakan facebook "mendung awan semendung hati ini". Daripada situ ai tahu lah dia tengah bersedih. So ai pun ringan jari bertanya khabar. Kot-kot lah tengok komen ai, terus panas terik sampai kemarau hati dia kan. Niat ai nak bantu menceriakan hari dia je. Hehehe. Rupa-rupanya dia ada masalah di tempat kerja. Salah faham dengan rakan sekerja.


Ai tak tahu lah nasihat apa yang patut ai berikan pada dia. Sebab ai bukanlah penasihat yang baik. Tapi kalau perlukan seorang pendengar yang baik, ai lah orangnya. Tak syak lagi. Ada ciri-ci nak bangga diri tu. Ai cuma cakap dekat dia, kalau memang bersalah, minta maaf je. Kalau tak salah buat je macam biasa. Jangan disebabkan kawan ai mengasingkan diri, orang lain ingat dia yang bersalah. Tapi dia cakap tak seronok lah satu pejabat tapi masam-masam muka.


Ya, betul! Ai setuju sangat. Tapi bagi ai seronok tu subjektif. Kalau asyik fikir kan masalah je, macam mana nak gembira? Betul tak? So, jangan disebabkan masalah dengan seseorang merosakkan hubungan kita dengan semua orang. Ecewah, pandai betul bercakap ai ni. Hahaha. Tapi betul kan? Kalau susah betul nak happy, amik wuduk pergi solat. Mengadu dekat Tuhan. Insyaallah gembira tu akan datang dengan sendirinya.





4 comments:

  1. betul sangat tu kalau dah tak bercakap tak seronok nak buat kerja.... tapi dah satu tempat kerja nak tak nak kena jugak bertegur atas urusan kerja...hope dapat berbaik semula lah

    ReplyDelete
  2. Betul tu awak..apa pun yg jadik, kita yg berhak tentukan kita patut bahagia ataupun tidak. Walaupun nak buat tak semudah kita cakap kan...huk huk. Btw kita pun suka merenung tasik....hihi

    ReplyDelete
  3. sha pun pendengar yang baik jugak haha tapi untuk orang yang dekat jelah sebab kadang kadang orang yang takrapat dia susah sikit nak hadam nasihat kita :D

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D